berita

Meet Encik Spiderman… Peniaga Nasi Lemak Paling Peramah Abad Ini! #2kerja

February 10th, 2016 | by Ai
MyResipi

12717749_1693799044165339_1480143697929899905_n

Zaman sekarang ni kalau nak berniaga kena kreatif dan think out of the box. Nampaknya penjualan nasi lemak telah mencapai suatu anjakan paradigma apabila kini ia diniagakan oleh superhero popular Spiderman!

Murah Dan Tak Kedekut Portion!

nasi lemak rm2

Menariknya, Nasi Lemak Spiderman ini cuma berharga RM2.00! Tidak menggunakan bungkusan daun pisang, kertas minyak mahupun polisterin, ia dipek dalam bekas plastik ‘reusable’ – lebih mudah dibawa dan mesra alam! Portion pun boleh tahan banyak!

Spiderman Peramah Dan Mesra Kanak-Kanak!

kids spiderman3

kids spiderman1

12654282_1693779620833948_3997044442042742948_n

kids spiderman2

Sudah tentu Encik Spiderman sendiri yang menjadi pelaris di gerai nasi lemak ini. Selain amat mesra dengan kanak-kanak, dia juga mudah didekati oleh orang ramai yang ingin mengambil gambar selfie selepas membeli nasi lemak jualannya.

Request Nasi Lemak Spiderman Di Tempat Anda! 12650917_1693535990858311_5442879118200191663_n

Untuk pengetahuan anda, gerai Nasi Lemak Spiderman ini tidak mempunyai lokasi tetap dan spesifik. Ia dibuka di beberapa tempat di Kelantan seperti Kota Bahru, Pasir Tumboh, Kubang Kerian dan kawasan sekitarnya.

Tetapi, Encik Spiderman yang peramah rajin bertanyakan feedback orang ramai tentang lokasi gerai nasi lemak yang patut didatanginya. Oleh itu, rajin-rajinlah mengikuti perkembangan perniagaannya di laman sosial untuk merasai sendiri Nasi Lemak Spiderman yang semakin popular ini!

Sumber: Nasi Lemak Spiderman

SKIP THIS AD ×