"Bini-bini Perkasa" - Apa Berlaku Sekiranya Kuasa Wanita Menandingi Lelaki? - OHBULAN!

berita

“Bini-bini Perkasa” – Apa Berlaku Sekiranya Kuasa Wanita Menandingi Lelaki?

August 29th, 2012 | by Noraini Nasir | 4 comments
Kini Trending

Semalam, 28 Ogos 2012, telah berlangsungnya sesi ramah mesra antara para pelakon dan penerbit untuk drama bersiri ‘Bini-bini Perkasa,’ yang akan mula ditayangkan untuk slot Aksi, TV3 pada 3 September akan datang.

Drama bersiri Bini-bini Perkasa merupakan adaptasi daripada filem Bini-biniku Gangster, di mana untuk drama bersiri ini, pihak penerbitnya masih lagi mengekalkan barisan pelakon asal iaitu Yana Samsudin dan Intan Ladyana. Namun begitu, sedikit kelainan cuba ditonjolkan menerusi drama ini dengan memilih Fezrul Khan sebagai pelakon utama.

Bini-bini Perkasa merupakan drama komedi yang mengisahkan tentang konflik rumah tangga yang dialami oleh Manja (Yana Samsudin), Rihana (Intan Ladyana), dan Hairi (Fezrul Khan).

Dalam drama ini, Hairi tidak menyangka Manja dan Rihana berasal daripada keluarga gangster dan kedua-duanya saling bermusuhan. Oleh itu, mampukah Hairi mengawal kedua-dua isterinya dengan baik? Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri Bini-bini perkasa di slot Aksi bermula Isnin depan jam 9.00 malam.

Antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Fadzil Zahari, Nizam Zaidi, Epy Raja Lawak dan Zaidi Omar.

4 Comments

  1. antu says:

    sam takde..tak best!

    (0)
  2. shima says:

    semalam bukan 28/08/12 @ 28 ogos ke?

    (0)
  3. Olga says:

    Hero x best. maleh nak tgok..

    (0)