berita

Bintang Pawn Stars Serbu Malaysia!

September 4th, 2013 | by Ai
Hollywood

Pawn Stars 3

Baru-baru ini bintang rancangan realiti terkenal, Pawn Stars iaitu Rick dan Corey Harrison telah hadir ke Malaysia sempena siri jelajah Asia mereka yang pertama.

Secara umumnya, Kuala Lumpur merupakan destinasi keempat dan antara destinasi-destinasi lain yang turut menjadi persinggahan mereka adalah Tokyo, Singapura, Manila serta New Delhi.

Sempena kehadiran Rick dan Corey di Kuala Lumpur, sebuah sidang media khas telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, di mana menerusi temubual tesebut, bintang-bintang ini telah sempat menceritakan beberapa pengalaman menarik sepanjang menjalankan perniagaan gadaian yang diwarisi oleh ahli keluarga mereka.

Dalam pada itu, dua beranak ini turut berkongsi tips bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang Pawn Broker yang hebat.

Untuk menjadi seorang Pawn Broker yang hebat, anda mestilah sanggup berhadapan dengan apa jua masalah dan tawaran yang bakal ditawarkan oleh setiap pengunjung.

Anda juga perlu bersikap tegas dalam menegakkan pandangan serta pendapat sendiri dalam menilai sesuatu perkara.

Satu perkara yang saya belajar sepanjang menjalankan perniagaan ini adalah, jangan menilai seseorang itu daripada sudut luaran sahaja. Jadi, kita kena sentiasa bersedia dan bijak mengatasi segala perkara.

Pawn Stars 1

Sesi ramah mesra Rick & Corey bersama pihak media

Memandangkan Pawn Stars merupakan sebuah rancangan popular, sudah pasti ramai peminat ingin bergambar serta bertemu mesra dengan mereka secara dekat.

Oleh itu, timbul juga persoalan, bagaimanakah bintang-bintang ini melayan setiap kerenah pelanggan yang hadir. Adakah mereka melayan semuanya sama rata atau sebagainya?

Ya, memang ada sesetengah pengunjung yang datang ke kedai kami hanya sekadar untuk masuk TV dan bertanya khabar sahaja, tapi kami sudah lali dengan perkara-perkara macam itu.

Tidak dinafikan, memang ada juga pelanggan yang hadir membawa barang untuk digadaikan kepada kami dan untuk mendapatkan wang. Tapi, tak semua harga yang ditawarkan adalah tinggi, ia bergantung kepada nilai keunikan sesuatu barang itu sendiri.

Setiap negara mempunyai kualiti atau nilai harga barangan yang berbeza.

Pawn Stars 2

Rick & Corey berpeluang memandu kereta di litar Formula One, Sepang

Untuk makluman, antara barang paling mahal yang terdapat di Gold & Silver Pawn Shop, Las Vegas ini adalah Superbowl ring dan kotak cerut JFK yang bernilai sehingga $125,000.

Secara umumnya, kedai warisan ini dikendalikan oleh Richard (Old Man), Rick, Corey serta rakan mereka, Chumlee.

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan sedikit sedutan trailer rancangan Pawn Stars episod Olympic Pawn untuk tontonan anda semua.

SKIP THIS AD ×