Laman Utama » Berita Terkini

Setelah hampir genap 100 hari pemergian Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad, Astro akan menayangkan sebuah program istimewa bagi mengimbas kembali kenangan-kenangan beliau di industri hiburan yang berjudul ‘Di Sebalik Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad’ menerusi Astro Prima (saluran 105) pada hari Sabtu, 10 Julai 2010, jam 10.00 malam.
Astro Prima mengambil inisiatif untuk membawakan program biografi khas ini khusus buat tontonan para penonton bagi mengenang jasa serta sebagai tanda penghormatan buat Allahyarham Din Beramboi dengan menampilkan sisi-sisi kehidupan pelawak tersohor ini yang tidak diketahui umum untuk dikongsi bersama para peminatnya.
“Walaupun sudah 100 hari Allahyarham meninggalkan kita, tetapi masih terngiang-ngiang lawak beliau di halwa telinga dan ternyata setiap lawak tersebut tidak pernah gagal untuk membuatkan kita ketawa tidak kering gusi apabila mendengar atau menontonnya berulang kali. Sebagai memperingati sekaligus mengubati rindu peminat-peminat beliau, Astro mengambil kesempatan ini untuk membawakan sebuah program istimewa ‘Di Sebalik Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad’ yang dibuat khas bagi mengimbas kembali cerita-cerita, aksi spontan, lawak jenaka serta kisah hidupnya kepada penonton secara eksklusif,†ujar Encik Nizam Sani, Pengurus Saluran Astro Prima.
Program khas Di Sebalik Din Beramboi ini akan menyingkap setiap aspek tentang Allahyarham seperti kerjaya, cinta, keluarga, personaliti, hobi dan lain-lain. Menariknya program ini ialah ia akan menyusuri sisi berlainan Din Beramboi yang tidak pernah didedahkan pada umum dan boleh ditonton menerusi program ini.
Program ini akan turut menampilkan sedutan wawancara bersama teman-teman terdekat dan ahli keluarga Allahyarham yang akan berbicara tentang siapakah sebenarnya individu yang bergelar Din Beramboi ini. Ketahui watak, perilaku dan sikap pelawak hebat ini yang mungkin tidak pernah diketahui sebelum ini. Menerusi program ini juga, para penonton berpeluang untuk melihat foto-foto eksklusif serta barang-barang peribadi milik Allahyarham.
Menariknya program ini ialah ia turut menampilkan Aznil Haji Nawawi sebagai pengantara. Pemilihan beliau dilihat tepat kerana beliau merupakan rakan terdekat yang selalu menemaninya di konti ’Riuh Pagi di Era’. Digandingkan bersama menerusi segmen itu sedikit sebanyak membantu Pak Nil untuk berkongsi dengan lebih lanjut mengenai Allahyarham.
Peminat-peminat Allahyarham Din Beramboi melihat beliau sebagai seorang yang periang dan ceria setiap masa serta sentiasa menggembirakan orang disekelilingnya. Namun, pasti ramai yang tidak menduga keperibadian sejati pelawak ini yang disembunyikan di sebalik lawak jenaka serta tawa cerianya yang mungkin hanya diketahui oleh teman-teman dan keluarga terdekat sahaja. Untuk menonton rancangan khas pemeringati pelawak tersohor ini, jangan lupa saksikan ‘Di Sebalik Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad’ di Astro Prima (saluran 105) pada hari Sabtu, 10 Julai 2010, jam 10.00 malam.





mesti org2 yg diinterview hanya menceritakan benda2 yg baik saje..aku kdg2 terpikir gak, bila org2 penting je mati, mesti hanya just duk puji2 je si mati..adakah itu hipokrit?
bagi aku la.
bukan hendak kata dia tu tak baik atau baik cam ne.
tp kebiasaan bagi yg sudah mati, kita akn melihat kepada kebaikannya, bukan keburukannya.
Kebaikannnya kita ceritakan kepada orang, keburukan kalau selagi boleh selindung, kita selindung. kecuali untuk dijadikan pedoman.
Bagi aku ianya lebih kepada menghormati si mati. Bukan hipokrit.
tak baik bukak aib org bhai… yg dah pergi tu tak kan nak dikutuk2 plak. Kesian ler pd arwah dan keluarga. Nanti bukak aib org sape yg malu?… mereka dan keluarga mereka jugekkk…
Allah akan membuka aib hambanya itu jika hambanya membuka aib saudaranya. Opppsss….. ter ustazah pulak den dalam ni.
hang ni kalau org kata bodo kang marah..mesti la ckp benda2 yg baik2..sebagai menghormati org yang dah pergi..kita kan org melayu kaya dgn adab sopan bagai..takkan la nak cerita benda2 buruk..sambil nak kena jaga hati keluarga arwah lagi..benda simple camtu pon nak kena ajar ke..tak timbul masalah hipokrit atau honest dlm hal camni
ko nie bodoh lah beb..mmg lah dlm Islam diharuskan cite tentang kebaikan si mati jer..keburukan di larang…ko 2 bodoh..ckp x pakai akal..ko nie mmg jenis suke hisap buntut lah..buntut ko dah lah busuk..
apala.. tak baik bukak aib org.. xkisah la hidup ke atau dah meninggal
cube ko bayangkan, sok2 ko dah xde org citer pasal keburukan ko.. bayangkan~
dari kita puji@keji org yg da xde, baik kita sedekah al fatihah..
kita dapat pahala, yg meninggal pun dapat pahala..
kan..
ko ni ckp cm xde iman lak.. ish
Terpulang e ASTRO untuk menghargai arwah, tapi ada baiknya titipkan juga sumbangan tahlil dan sedekah jariah sebab itu lebih afdhal untuknya.. MOga Allah tempat arwah Din di sisi hamba yang diredhai.. Amin
ko ni salu komen mcm bngang/bodoh/ngokngek kepala kemek tau x-po…aku mang benci ko punyer komen yg tah hape2….aku ase ko ni belum akil baligh agi kot sbb tu komen mcm bdk sekolah…dah syuh2 pegi bwt homework lagi bagus….:P…watpe ko nak dedahkan aib org yg dah tak ade ??? esok2 kalo ko plak meninggal pehtu org dedahkan aib ko adekah ko suka??? lebih elok la ko bacakan al fatihah dekat org yg dah tak ada…apara sengal tahap gaban tol ko ni !!!
betul, betul, betul………………
keajaiban orang kita kena simpan.
kebaikan orang kita kena kenang.
itu yang tuhan suruh.
yang aku pasti. aku suka dengan lawak-lawak beliau.
memang dah adat..bila dah tiada baru nak dikenang…semasa hayatnya ada..x da sapa peduli…anda perlu tiada di dunia dulu baru dikenang orang
la korang ni gi layan budak tu buat ape..tgk dari cara penulisan dia dah tau budak2..usahlah maki hamun bagai..budak tu nak tau je….kepada @x-po betullah yg @zali ckp tu..org dah bagitau so jgn tanya soalan2 bodoh lagi tau
al-fatihah untuk saudara din beramboi..