berita

Bob Kuman Perlukan Bantuan Mesin Oksigen, Kini Tinggal RM36 Dalam Akaun Simpanan.

April 16th, 2012 | by M | 31 comments
Kini Trending

Pilu hati kami apabila membaca laporan eksklusif Mazidul, ‘Saya Hanya Ada RM36 Dalam Akaun Simpanan – Bob Kuman‘ berkenaan Bob Kuman yang terpaksa menanggung hutang hospital ekoran keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Kisahnya bermula apabila Bob terjatuh ketika berada di sesi pengambaran siri televisyen Jangan Pandang Belakang Congkak’ sekitar malam tahun 2011. Ketika itu, Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi yang berada di tempat kejadian.

Memetik kata-katanya, “Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi.”

Kini, kesihatan beliau semakin merosot dan terpaksa bergantung penuh kepada mesin bantuan oksigen, apatah lagi bergerak kesana sini sejak 8 April lalu.

Menurut Bob, beliau amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan tersebut kerana kesempitan wang.

Kepada masyarakat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

31 Comments

  1. teanjat boboi says:

    kesiannya>>> moga Allah permudahkan segalanya

    (0)
  2. kiki says:

    ciannyer..
    :(

    (0)
  3. ains says:

    ya Allah……ciannya Bob………hu..hu..moga2 ada insan yang akan membantu beliau……

    (0)
  4. wani says:

    last 3 weeks nampak dia kt the curve dg kawan2 ok je.. la now dh sakit??..semoga cepat sembuh.

    (0)
  5. Mrs zaidi says:

    Moga Bob tabah menghadapi dugaan ini..pada rakyat malaysia sama2 kita bantu menderma, supaya insan ini dapat meneruskan rawatan dan sihat kembali. Amin..

    (0)
  6. modern mum says:

    nak tanya ye…di sini tidak disebutkan berkenaan ahli keluarga beliau…adakah ahli kuarga beliau menjaga nya ketika sakit…cuma bertanya

    (0)
  7. yaya says:

    ada no acc dlm.. tapi x leh nak hulur bantuan mcm mana tu ek? maybank msg : acc invalid?

    howwww?

    (0)
  8. KAK KIAH says:

    SENIMAN DIMANAKAH ANDA…TOLONGLAH WARGA MALAYSIA INI…

    (0)
  9. bear says:

    zed zaidi mana? p la hulur bantuan!

    (0)
  10. semoga cepat sembuh dan ramai yang menghulurkan bantuan kepada beliau

    (0)
  11. Aaron says:

    HAH, ZED SOMEONE IS CALLING YR NAME! Go help! Go do some work!!!

    (0)
  12. Tk suka bimbo says:

    Ceta jangan pandang belakng congkak bukan si david teo punya produksi ke….takkan dah kaya buat filen ,hal kebajikan artis tak tgk.

    (0)
    • Aaron says:

      Ya saya setuju jugak…duit berlambak ooo…siap kasi bonus kepada pelakon. Pls realize bob kuman needs it more den samheizy,hehe. Apa2 pun bob sangat BEST DLM cerita itu ok. Renung2kan la

      (0)
  13. hantu says:

    kenapa sakit je, nak mintak simpati org ye? apsal duit smpai 36 ringgit je? bape org dh tlg dia ni.. susahla kalau nk org tlg slalu. lainla kalau aaron aziz sedekah duit yg dia menang tu skit ke kan?

    (0)
    • semut hitam says:

      nak tolong,tolong…
      tak nak tolong sudah…tak yah nak pertikaikan.
      sekarang masa dia susah, masa kau susah tak tau pulak camna…
      kalau kita tolong anggap ikhlas sebab untuk pelaburan kat kat akhirat sok…
      kalau tak nak tolong simpan duit kau yg selambak2 tu dlm bank duk diam2…

      macam ni punye org pun ada ka????

      (0)
  14. teanjat boboi says:

    yang susah di bantu bukan pertikaikan knp time susah nak mintak tlg….

    semoga hati-hati kamu penuh dangan sifat mengasihani

    (0)
  15. idaman says:

    mungkin bob boleh mendapatkan rawatan di HOSPITAL KERAJAAN kan lebih ekonomi, dibandingkan dgn hospital skrg…. mmg tak berapa selesa, tapi not bad what

    (0)
  16. suraya cantik says:

    Dia ni buat rawatan kat hospital kerajaan ke swasta..mcm byk sgt kos rawatan nya..kesian..

    (0)
  17. suraya cantik says:

    rawatan hospital kerajaan ke swasta ni?

    (0)
  18. habel says:

    Kemalangan berlaku tiba-tiba. Adakah anda bersedia dengan wang untuk menanggung kesusahan yang tidak dijangka? Saya agen takaful. Hubungi saya untuk mengetahui tentang takaful

    (0)
    • Cicak says:

      Saya sarankan kepada atris, ambillah insuran semasa anda sihat dan kaya raya.. sebagai persediaan di masa susah…

      (0)
  19. evaa says:

    herrmm..dalam perasaan kesian ni…kita harus juga ada pengajaran..ambillah insuran kesihatan/perubatan dan insuran kematian supaya tidak membebankan diri sendiri dan keluarga..jadi artis ni pun kira bekerja juga kan? ( macam orang lain yang kerja swasta atau kerajaan tu ) jadi jangan lah alpa mesti menabung untuk wang simpanan, wang saham, wang insuran..setau saya Bob Kuman ni bukan setahun dua jadi artis..tapi dah lama juga kan? jikalau orang dekat luar bandar dapat menabung, menyimpan saham sikit-sikit setiap bulan..mengapa tidak kita? jangan ingat ada duit untuk enjoy saja..tapi simpanan yang sejajar dengan kemampuan untuk menjadi payung semasa kesusahan pun perlu disediakan..

    (0)