berita

Britney & Lady Gaga Bakal Berduet?

February 6th, 2014 | by Noraniza
Hollywood

Screen Shot 2014-02-05 at 4.31.10 PM

Walaupun sering mencipta pelbagai kontroversi, nama Britney Spears dan Lady Gaga masih gah berdiri dalam kalangan selebriti Hollywood.

Terkini, ada desas-desus yang mengatakan bahawa mereka berdua bakal berkolaborasi tidak lama lagi. Khabar ini semakin menjadi sebutan di bibir peminat apabila sejak akhir-akhir ini mereka sering dilihat bersama.

Screen Shot 2014-02-05 at 4.34.15 PMFoto yang diambil sebelum konsert bermula

Tambahan pula, baru-baru ini pelantun lagu ‘Applause’ itu telah menghadiri konsert Britney Spears di Las Vegas dan sempat mengambil foto serta bersembang dengan Britney Spears sebelum konsert bermula.

Sejurus selepas bertemu, Britney Spears pula menulis di laman Twitternya bahawa dia bakal bertemu Lady Gaga semula untuk berbincang mengenai sesuatu perkara yang menarik.

“Little bird told me something cool today. See you soon Lady Gaga!”

Sudah pasti pengikut setia dua orang selebriti wanita ini akan melonjak keriangan jika kolaborasi mereka benar-benar menjadi realiti. Sebelum itu, apakata kita lihat video Lady Gaga yang sedang menikmati konsert sahabatnya itu.

http://youtu.be/WtbA3CUpNOA

http://youtu.be/a8hZUpmV_wQ

Sumber: Dreamersradio.com

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×