Buat Apa Saja Untuk Kekal Hidup - Rancangan Realiti The Hunger Games Bakal Jadi Realiti? - OHBULAN!

berita

Buat Apa Saja Untuk Kekal Hidup – Rancangan Realiti The Hunger Games Bakal Jadi Realiti?

March 28th, 2017 | by Hanis Aliaa | 3 comments
7.3K
reads
1.8K
shares
Filem Antarabangsa

hunger gamePasti ramai yang meminati filem aksi fiksyen ‘The Hunger Games’. Admin sendiri mengikuti sequel terbabit. Tapi apa pandangan korang kalau filem ini dijadikan rancangan realiti di kaca TV?

Sebuah team produksi dari Rusia mengumumkan bakal membuat filem ini menjadi realiti. Rancangan ‘The Hunger Games’ akan dibawak ke dunia sebenar dan menggunakan konsep asal dari filem terbabit. Ngeri pulak bila ada rancangan macam ni.

Merebut ASD1.6 juta!Hunger+Games+Film+Sites

Menurut Sinar Harian, 16 peserta akan bersaing dan merebut gelaran juara. Hadiah yang ditawarkan memang lumayan iaitu ASD 1.6 juta (RM 7.08 juta). Banyak betul! Rancangan realiti ‘Game2:Winter’ itu ‘memaksa’ 16 pesertanya berlawan untuk kekal hidup hingga ke akhir pertandingan.

Semua jenis serangan dibenarkan.The Hunger Games: The Official Illustrated Movie Companion

Apa bentuk serangan yang digunakan oleh peserta adalah dibenarkan. Termasuklah rogol dan bunuh. Pendek kata, takda sebarang peraturan dalam rancangan yang penuh kontroversi ini.

Ramai yang rasa organizer rancangan ini gila dan hilang akal. Tapi percaya atau tak sudah lebih 30 penyertaan peserta diterima. Antaranya dari Korea Selatan, Sweden dan Rusia.

Lokasi terpencil di Siberia.9befb34e47b26d9366389181b30c636b

Catching_Fire_Clock_Arena

Perlawanan kalah mati ini akan diadakan di sebuah pulau terpencil terletak di Siberia. Ianya akan mula ditayangkan bermula Julai tahun ini. Peserta perlu buat apa saja untuk kelangsungan hidup. Siapa yang dapat bertahan hingga 1 April 2018 akan dinobatkan sebagai juara.

Panganjur takkan campur tangan.catchingfirefinnickkatnisspeeta

Menurut pihak penganjur, bakal berlaku pertembungan kasar antara peserta dalam rancangan ini.

Kami tidak boleh campur tangan atau buat apa-apa sekiranya peserta mengasari peserta lain dalam pertandingan nanti. Apa yang boleh kami lakukan hanyalah membiarkan kamera merakam segalanya yang terjadi dalam pertandingan itu.

Betul lain macam rancangan ini. Benda yang kita sangka hanya akan kekal fiksyen dah jadi nyata. Kalau korang nak tengok siapa yang bakal beraksi boleh tengok di lama Instagram rancangan Game2:Winter.

Kredit : Sinar Harian

3 Comments

  1. Chibi Maruko Chan & Tamain says:

    dlm byk2 citer ompputeh, nth knapa bila ada tajuk ni “The Hunger Games”…aku terus tukar channel lain…ntah x tau nape…lebih baik aku layan..chibi Maruko Chan, padahal aku tegar gn citer omputeh..channel belacan aku x layan..

  2. Stewie says:

    boleh join lagi tak? daftar kat mana?

  3. Reramarerama says:

    Still apply russian law kan?