berita

Bukan Hanya Sebab Petrol, Tapi 5 Perkara Ini Buat Korang Mesti Singgah Stesen Minyak

October 19th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang

lastone

Sebagai seorang pemandu dan juga pengguna jalan raya, kadang kala pemanduan kita terganggu oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Antaranya faktor cuaca, kepenatan, jalan jammed, perut kosong dan banyak lagi.

Lebih terasa lelahnya bila musim hari raya di mana anda memerlukan tenaga yang banyak untuk meneruskan perjalanan yang jauh ke kampung dan menempuhi jalan raya yang sesak.

Dalam keadaan begini, mujur ada stesen minyak di setiap jalan raya. Kalau dahulu stesen minyak hanya menyediakan bekalan minyak semata-mata namun kini ia melangkaui jangkaan dan keperluan pengguna.

Tak nak cakap banyak,  berikut 5 kemudahan istimewa stesen minyak yang mungkin kita tak sedar selama ini.

Aneka pastri panas dari ketuhar!

roti

Jadual yang padat dalam kehidupan seharian kadang kala buat kita sampai lupa nak breakfast atau lunch, betul tak? Bangun pagi tergesa-gesa pergi kerja, tengah hari meeting dengan client pula.

Untuk korang yang selalu busy macam ini, sebenarnya di stesen minyak menyediakan pelbagai sajian lazat, segar dan berkualiti.

ketiga

Sambil-sambil isi minyak, korang boleh beli aneka pastri yang disediakan khas di Deli2go. Ya, memang pastri ini dibakar dan disediakan di stesen minyak Shell!

Kira masa korang beli pastri ini, ianya masih panas macam baru keluar dari ketuhar!

Drive thru & restoran terpilih

chatimekereta

Lagi satu kemudahan yang paling istimewa di kebanyakan stesen minyak ialah kemudahan drive thru oleh kedai terpilih. Dengan adanya drive thru ini, pengunjung tak perlu turun daripada kereta dan menjimatkan masa.

Sebagai contoh stesen minyak Shell di Klang siap ada drive thru Chatime. Memang terbaik!

Surau yang selesa

Screen Shot 2015-09-03 at 3.06.36 PM

Sebagai seorang muslim, menunaikan solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan. Dengan adanya kemudahan surau yang disediakan oleh stesen minyak ini, ia secara tak langsung memudahkan urusan kita.

Kondisi surau yang luas dan bersih memberi keselesaan kepada pengunjung beragama Islam untuk beribadat. Ia menunjukkan betapa pihak stesen minyak sentiasa mengambil berat akan keperluan pengunjung.

Nikmati Deli2go Sambil Akses WIFI percuma!

Wifi

Zaman sekarang ini internet boleh dikatakan keperluan wajib yang patut ada di mana-mana. Iyalah kebanyakan urusan kerja dan hal peribadi memerlukan internet.

Faham dengan keperluan tersebut, sekarang akses WIFI percuma telah disediakan di beberapa buah Shell terpilih antaranya Shell Bandar Utama dan Shell LDP Putra Height, USJ 25. 

Pendek kata, di mana cawangan stesen minyak yang mempunyai Deli2go, di situlah anda boleh dapatkan akses internet! Betapa nikmatnya bila dapat makan Deli2go sambil online Facebook. Duduk berejam pun takpe!

Layanan Istimewa daripada Shell Malaysia

Screen Shot 2015-09-03 at 3.01.19 PM

Ingatkan kalau masuk hotel 5 bintang je dapat layanan first class. Tapi, anda semua sedar tak bahawa setiap kali menjejakkan kaki di kedai serbaneka Shell, mesti ada kakitangan yang bakal membuka pintu dan memberikan senyuman paling manis untuk anda.

Malah, kakitangan Shell pun amat berbesar hati untuk menghulurkan bantuan jika anda memerlukan pertolongan mereka.

Tidak kiralah anda orang tua, orang muda, pakai kereta mewah atau buatan Malaysia, pelancong mahupun rakyat Malaysia, layanan kakitangan mereka tetap sama. Mesra pelanggan dan tidak ada diskriminasi dalam memberikan servis terbaik!

Semua kakitangan mereka dilatih untuk memberikan pelanggan servis dari hati, tidak kira dari Malaysia atau tidak.

Screen Shot 2015-09-03 at 3.08.36 PM

Malah penambahbaikan sedang giat dirancang oleh Shell antaranya tandas, kawasan rehat, kemudahan mengecas semula alatan elektronik dan kedai Shell Select yang tampil dengan wajah baru.

Kunjungi Shell yang berdekatan untuk rasai sendiri pengalaman menarik ini!

SKIP THIS AD ×