berita

Bukan Setakat Pegang Watak Wolverine, Hugh Jackman Juga Punya Bakat Sebagai Penyanyi Hebat

March 31st, 2014 | by Noraniza
Video Popular

Screen Shot 2014-03-31 at 11.40.52 AM

Dek kerana aura lakonan jejaka berusia 45 tahun ini, watak ‘Wolverine‘ dilihat bagaikan sudah sebati dengan dirinya. Mana taknya, sebut sahaja nama aktor kacak ini, pasti semua sudah terbayang wajah superhero berkuku besi itu bukan?

Terkini, kemunculannya di BBC Radio 1 untuk mempromosi filem terbaru, “X-Men: Days of Future Past”, Hugh Jackman telah menghiburkan penonton dengan sebuah lagu yang telah diubahsuai liriknya berjudul “Wolverine: The Musical”.

Dengan menggunakan rentak lagu “Who Am I?”, Hugh Jackman membuktikan bahawa dirinya bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah dalam bidang nyanyian juga.

Screen Shot 2014-03-31 at 11.40.02 AMHugh Jackman sinonim dengan watak ‘Wolverine’

Who am I? Am I a superhero with some claws? Or just an actor searching for applause?Wolverine has all the fans, but what about me Hugh Jackman? Who Am I?

Walaupun hanya menyampaikan lagu tersebut dengan bersahaja, persembahan ringkas itu tetap mendapat tepukan gemuruh daripada penyampai radio yang mengendalikan rancangan tersebut.

Tidak mustahil suaranya yang boleh dikategorikan sebagai ‘macho’ itu mampu memikat hati peminat jika aktor itu benar-benar mengembangkan kariernya ke bidang nyanyian pula.

Tak percaya? Apakata kita lihat rakaman video tersebut di bawah. Enjoice!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×