berita

Bukti Masih Diminati, Hanez Suraya Terima Lambakan Ucapan Hari Lahir

August 22nd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen-Shot-2013-11-11-at-11.10.53-PM

Walaupun dirinya dikecam teruk di laman sosial dek kerana isu bercinta dengan suami orang, nyata Hanez Suraya masih mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri.

Buktinya, di hari lahirnya yang ke-29 hari ini, pelakon berkulit putih gebu itu menerima lambakan ucapan selamat hari lahir daripada sahabat handai dan juga para peminatnya.

Malah, Hanez juga dilihat memberi penghargaan kepada mereka dengan me’re-post’ setiap foto ucapan hari lahir yang diterima di laman Instagramnya.

Screen Shot 2014-08-22 at 11.42.39 AM

Dapat suprise birthday party lagi tau!

Pelakon ini nampaknya tabah dengan dugaan yang diterima meskipun kini kecoh di dada-dada akhbar bahawa dia sudah kekeringan tawaran berlakon dek kerana kontroversinya yang lalu.

Takpela Haniz. Rezeki kan di tangan Allah SWT.  Mana tahu lepas ni dapat tawaran berlakon dengan bayaran yang lumayan pula kan? Apapun, selamat hari lahir Hanez!

Kredit foto: Instagram Hanez Suraya

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×