berita

Busana Hari Raya Dari Rizalman Ibrahim

July 10th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Berita baik pada semua peminat yang sentiasa menanti kemunculan rekaan baru dari pereka fesyen Rizalman Ibrahim sudah pun terjawab. Pada 7 julai yang lalu Rizalman baru sahaja memasarkan rekaan busana untuk koleksi Raya 2012 di semua pasaraya Tecso yang berada di Malaysia.

Pasti ada yang merasa sedikit pelik kerana ini merupakan pertama kalinya pereka ini berkolaberasi dengan Syarikat Tesco untuk memasarkan produk beliau. Koleksi yang diberi nama ” 20 by Rizalman ” ini merupakan koleksi yang melambangkan diri beliau sendiri. Dimana koleksi ini membawa imej Rizalman yang sudah berkecimpung dalam bidang pereka fesyen sejak 20 tahun yang lalu.

Sebanyak 12 pasang baju kurung dan juga kebaya moden telah beliau hasilkan untuk koleksinya kali ini. Kesemua rekaan dihasilkan berdasarkan elemen-elemen kebaya pendek dan baju kurung Kedah. Rekaan bagi koleksi terhad ini mengekalkan kualiti dari segi warna, tekstur, renda dan reka bentuk berjalur sahaja. Manakala harga bagi setiap pasang baju pula bermula serendah RM180 – RM250 sahaja.

Bagi anda yang ingin dapatkan koleksi ini bolehlah berkunjung ke cawangan Tecso Ampang, Mutiara Damansara, Kota Bahru, Paradigm Mall, Seremban 2, Desa Tebrau, Tanjung Pinang, Melaka, Shah Alam, Station 18, Puchong, Taiping, Seri Alam, Kepong, Penang, Kajang, Setia Alam, SP Selatan, Mergong, and Nilai.

SKIP THIS AD ×