Busana Kahwin Pilihan Irma Hasmie - OHBULAN!

berita

Busana Kahwin Pilihan Irma Hasmie

July 2nd, 2012 | by Ai | 3 comments
Gaya Hidup

Seperti yang diketahui umum pelakon dan juga model Irma Hasmie baru sahaja selamat diijab kabul pada hari jumaat yang lalu dan beliau juga baru selamat menjalankan majlis pernikahan beliau di Putra jaya tempoh hari. Tahniah dan Alhamdullilah dari kami pihak OHBULAN! ucapkan pada Irma Hasmie dan pasangannya Redza. Sebalik kemeriahan berlangsungnya majlis tersebut ada yang telah menjadi tumpuan ramai pada majis Irma tempoh hari.

Tumpuan yang dimaksudkan adalah pada busana pernikahan yang dipakai oleh Irma pada majlis pernikahannya itu. Jika sebelum ini Irma telah memilih busana rekaan Hatta Dolmat sebagai busana ketika majlis pertunangannya pada beberapa bulan yang lepas, kini Irma tampil pula dengan satu lagi rekaan Hatta Dolmat yang menjadi pilihan buat majlis pernikahan beliau.

Busana berona putih bersih menjadi pilihan warna yang digayakan beliau pada majlis pernikahannya itu. Busana yang berkonsepkan putri balqis, sopan dalam aura kemewahan tersebut itu direka khas oleh Hatta Dolmat buat majlis pernikahan Irma Hasmie. Susunan batu-batuan pada baju dan veil yang sangat cantik dan mewah tersebut membuatkan Irma tampak lebih menarik.

Rekaan yang nampak ringkas ini juga sangat cantik dipandang mata. Bukan cuma ringkas malah perincian susunan kain-kainnya juga sangat teliti. Contohnya perincian kain pada bahagian dada yang ditutup kemas sangat menarik perhatian kerana busana tersebut nampak sopan menutup aurat dada Irma. Busana tersebut juga tidak terlalu mengikut bentuk tubuh badan Irma dan ia sekaligus telah membuatkan wanita ini nampak kemas, menarik dan sangat sopan.

Kredit Foto : Hatta Dolmat

3 Comments

  1. hud says:

    cantekk…

    (0)
  2. eiyla says:

    memang sgt cantik bj irma,suke tgk……..

    (0)
  3. kaisar says:

    ayu sungguh pengatin nmpk sopan sekali

    (0)