berita

Castrol Berjaya Bawa FIFA World Cup 2014 Secara Live Kepada Footballnatics!

August 18th, 2014 | by Noraniza
Shout Out!

Screen Shot 2014-08-18 at 4.12.00 PM

Ha! Sebut sahaja pasal bola, dah tentu footballnatics di luar sana terus teruja! Seperti yang sedia maklum, gelaran FIFA World Cup 2014 telah pun disandang oleh pasukan kegemaran ramai, tak lain tak bukan Jerman!

Ya. Mungkin ada peminat pasukan lain terasa frust dengan result tersebut. Tapi kenalah redha sebab kalah menang tu adat pertandingan. Hehe.

Dalam keriuhan kita meraikan kejohanan tersebut, anda tahu tak yang sebenarnya pakar pelincir premium terkemuka, Castrol merupakan tulang belakang bagi FIFA World Cup 2014? Banyak juga acara yang telah dilaksanakan mereka demi memenuhi kehendak footballnatics tau!

Screen Shot 2014-08-18 at 4.12.53 PM

Untuk makluman anda, Castrol telah menjalankan kempen ‘Riuh 2 Rio’ yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM 1 Juta untuk dimenangi.

Castrol juga merupakan pengemudi bagi acara ‘Rio in Asia’ di Thailand yang melibatkan lebih 600 pelanggan daripada 19 buah negara untuk merasai sendiri teknologi baru Castrol iaitu Castrol EDGE, Castrol MAGNATEC, Castrol Power1 dan Castrol VECTON.

Ha.. jangan terkejut jika saya katakan yang ‘Rio in Asia’ ini juga telah memberi peluang keemasan buat 65 rakyat malaysia untuk tonton live screening upacara pembukaan FIFA.

Screen Shot 2014-08-18 at 4.12.14 PM

Tak cukup dengan itu, para penonton juga berpeluang beramah mesra dengan Pierluigi Collina yang turut berkongsi pandangan dan pengetahuannya mengenai dunia bola sepak berdasarkan pengalamannya sebagai salah seorang referees bertaraf dunia. Double awesome!

Selain itu, Castrol juga berkolaborasi bersama Astro Gempak dalam Astro Gempak Olabola’ yang dihadiri lebih 100,000 orang pengunjung. Salah seorangnya saya lah tu. Hehe. Malah, 3,000 orang bikers juga menerima full-faced motorcycle helmets, jaket kulit dan juga perkhidmatan penukaran minyak segera.

Nak tahu perkara yang lebih cool? Duta bagi 2014 FIFA World Cup, Neymar Jr. turut bergandingan bersama pelumba rally terkenal, Ken Block untuk game Footkhana di mana masing-masing menunjukkan skill dalam bidang mereka.

Screen Shot 2014-08-18 at 4.12.41 PM

Malah, untuk mewujudkan lebih keterujaan dalam kalangan para peminat bola sepak, Castrol juga telah memaparkan sebuah video menarik berjudul ‘Meet The Footballnatics’.

Eh, hampir terlupa pula saya. Sebenarnya anda masih lagi bepeluang untuk memenangi jersi eksklusif yang ditandatangani oleh Neymar Jr. tau!

Nak tahu macamana? Hanya klik  di laman sesawang Castrol Facebook ‘Meet The Footballnatics’ dan kongsi video tersebut di laman sosial anda. Tapi kena cepat ya sebab peraduan ini akan tamat pada 31 Ogos depan!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×