
Jam 7 petang semalam, Azza Elite membuat laporan polis berhubung satu SMS yang berbaur ugutan yang di’terima.
Kemudian, polis menerima satu panggilan daripada Azza Elite yang mendakwa dipukul oleh teman lelaki’nya, Farhan di rumah selebriti wanita itu di kawasan Bukit Antarabangsa pada pukul 4.30 pagi.
Ketika polis sampai di’rumah Azza Elite, mereka berdua telah di’bawa ke balai polis & masih bertengkar walaupun sudah berada di sana.
Kerana SMS rahsia, Azza Elite cuba menyembunyikan kandungan SMS tersebut kerana takut rahsia peribadi’nya bocor dan di’ketahui oleh teman lelaki’nya sendiri. Dan kami pasti, itu’lah penyebab’nya.
Mungkin kerana sayang, Azza Elite di’katakan enggan membuat laporan polis berkenaan kes dipukul walaupun sudah di’nasihatkan berbuat demikian.
Kami sedikit musykil, adakah sekarang memang musim artis-artis dipukul selepas fenomena ini dimulakan oleh Remy Ishak dan Ummi Nazeera? PMS- mungkin?
UPDATE : JD menghubungi pihak OHBULAN! bagi menerangkan keadaan sebenar gossip yang kami ketengahkan. Apa yang kami faham, hubungan antara kumpulan Ahli Fiqir & Pop Shuvit adalah baik, dan mesej-mesej yang terdapat pada Facebook serta Twitter JD adalah gurauan yang hanya difahami oleh mereka semata-mata. Kami paparkan snapshot email yang dihantar oleh JD kepada pihak OHBULAN! di akhir entri.

Lagu sudah keudara ke radio, tetapi masih gagal bayar hutang produksi? Apa kes wahai kumpulan Ahli Fiqir? Album tak laku ke sampai gagal bayar hutang?

Jedidiah Wong, seorang gitaris & produser bagi kumpulan Pop Shuvit, telah meluahkan rasa tidak puas hati’nya di laman Facebook & Twitter’nya dengan kata-kata “Daly of Ahli Fiqir failed to pay @jpopshuvit and @mixboy2105 production and mixing fees. Label already disbursed the funds…wassup lah?‘

Menurut sumber, Ahli Fiqir memang menggunakan khidmat Popshuvit, JD, DJ Uno & AJ Popshuvit untuk album Irama Berima. Antara lagu-lagu yang melibatkan mereka adalah Fiqir-fiqir, Derita Merindu & Jangan Pergi Mawar.
Nampak’nya, mereka benar-benar kecewa dengan sikap Ahli Fiqir yang tidak endahkan kos pembayaran perkhidmatan. Kata Jedidiah lagi, Daly juga menggunakan bajet album berkenaan untuk membayar sewa rumah. Pada kami, mungkin si produser sudah cuba menghubungi Daly, namun masih gagal. Pendek cerita, kita tunggu sahaja jawapan daripada mulut kumpulan Ahli Fiqir sendiri. Bak kata Nabil Raja Lawak, “Lu pikir lah sendiri” Teruskan Membaca →

Mungkin sudah tiba masa Aidil tidak senang duduk. Mana tak nya isterinya seorang pelakon. Memang banyak saja tawaran yang diberikan kepada Rita. Namun dalam bab kali ini ura-ura mengatakan bahawa Aidil Menghalang Rita berlakon kerana seorang pelakon kacak yang dibelasah baru-baru ini, Remy Ishak turut ada berlakon bersama-sama. Nak dikatakan sejarah antara Remy Ishak dan Rita Rudaini?
Mereka pernah berlakon bersama di dalam drama ‘Jalan Pintas ke Neraka’ dahulu. Dan ada satu babak dimana mereka bersama di dalam bilik air. Takut juga kalau dilepaskan lagi. Mau dalam bathtub pula mereka? Hehe. Sayang isteri dulu lagi penting.
Sebenarnya watak dalam drama Suraya dipegang oleh Rita ,namun telah diganti oleh Zizie Ezette kerana arahan suami tercinta yang tidak mahu Rita berlakon di dalam drama tersebut.
Apa-apa pun semoga cinta antara Aidil dan Rita tidak dihalang oleh sesiapa lagi. Walaupun bola sepak.

Comel kan mereka berdua? (M tipu saja) Padahal muka pun tak nampak macam mana nak pastikan kesahihan gambar yang diambil oleh Paparazzi Amatur. Tapi terima kasih juga walaupun hanya menampakkan belakang mereka. Kelihatan susuk tubuh Scha di situ.
Kami tidak pasti bahawa mereka mempunyai hubungan yang intim atau tidak. Tapi dahulu kami pernah mendapat info bahawa informer ini ternampak Scha dan Awal bersama di Castle, Damai (tempat shishalah), dan di Singapore semasa event di sana.


Kami tak tahu jika mereka sengaja merahsiakan hubungan ataupun mereka hanya berkawan rapat. Hanya tuhan yang tahu. Scha comel patut dengan M saja.

Virgin Galactic, mencatat sejarah manusia sebagai satu-satu’nya pesawat komersial angkasa di dunia. Imaginasi manusia untuk terbang ke angkasa dengan kos yang rendah akhirnya tercapai apabila pemilik syarikat Virgin, Richard Branson menunaikan harapan tersebut.
Anda tidak perlu lagi berdaftar dengan NASA atau menjalani latihan angkasa lepas selama setahun seperti yang pernah dialami oleh Syeikh Muzaffar. Dengan kos serendah RM700 ribu, anda akan dapat melihat keindahan bumi serta merasai sendiri pengalaman anti graviti. Kos ini juga meliputi latihan 3 hari yang akan anda jalani sebelum berpeluang terbang ke angkasa.
Apa yang menarik, rupa bentuk pesawat komersial angkasa milik Virgin tidak menyerupai roket angkasa yang biasa kita lihat. Virgin Galactic akan diterbangkan oleh 2 kapal terbang kecil ke ketinggian 18km, dan kemudian baru dilepaskan dengan kelajuan roket ke ketinggian 104km dari aras bumi. Perjalanan hanya memakan masa selama 2 jam 30 minit, bersamaan dengan masa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangalore, India. Teruskan Membaca →