Arkib: ‘Interesting Stuff’

Filem “Old Dogs” : Sertai & Menangi 50 Tiket Wayang Sekarang!

Dikemaskini oleh M pada January 4th, 2010

Mulakan tahun baru anda dengan gelak tawa daripada filem komedi ‘Old Dogs’ yang dibawa khas oleh Cinema Online & Buena Vista (lawat dan katakan hi! kepada mereka). Apa yang menarik, filem komedi Old Dogs ini antara filem komedi terbaik untuk tayangan musim panas di negara barat, dan anda, pembaca OHBULAN! berpeluang menonton filem lebih awal daripada tarikh tayangan sebenar!

Sedikit sinopsis, Old Dogs yang dibintangi oleh pelakon popular John Travolta dan Robin Williams membawa anda menyelami kehidupan 2 rakan baik — watak seorang duda malang yang sedang dilamun cinta (Robin Williams) dan watak seorang lelaki bujang yang sentiasa gembira (John Travolta). Nak dijadikan cerita, kehidupan mereka secara tiba-tiba menjadi tunggang-langgang apabila diberikan tanggungjawab untuk menjaga pasangan kembar kanak-kanak berumur 7 tahun, sedangkan pada ketika itu mereka sedang dilema dengan kesukaran kehidupan.

Pasangan bujang not-so-kid-savvy terpaksa berhadapan dengan realiti menjaga kembar kecil, di mana mereka melayan kerenah kanak-kanak tersebut walaupun tidak mempunyai pengalaman. Namun, di sebalik pelbagai masalah yang menimpa mereka, akhirnya mereka menyedari terdapatnya sebuah kehidupan yang lebih bermakna.

Khas buat pembaca OHBULAN, pihak Cinema Online & Buena Vista sudi untuk menaja 50 tiket wayang secara percuma, di mana setiap peserta berpeluang memenangi 2 tiket wayang. You hear that, right?

*Oh ya, kami perlukan penyertaan segera yang mungkin kerana tayangan adalah pada esok hari!

Maklumat tayangan seperti berikut :

Filem : Old Dogs

Tarikh : 5 Januari 2010 (Selasa) – besok!

Masa : 9.30pm

Bertempat di : Cathay Cineplex Damansara

Syarat penyertaan :

Cara memenangi tiket percuma ini mudah sahaja, anda hanya perlu post tajuk entri ini ke dalam status akaun Facebook anda. Contoh seperti di bawah.

Kemudian, lampirkan bukti dengan email screenshot status Facebook anda beserta namanombor telefon dan kad pengenalan kepada hi@ohbulan.com. Letakkan tajuk email “Menang Tiket Old Dogs” supaya mudah buat kami untuk mengenalpasti penyertaan anda.

Dapatkan Update Paling Rahsia

Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!

Filem “Did You Hear About The Morgans?” – Sertai & Menangi 50 Tiket Percuma Sekarang!

Dikemaskini oleh M pada December 24th, 2009

Hasil kerjasama erat antara OHBULAN, Cinema Online dan Sony Pictures Releasing International (Lawat & katakan Hi! kepada penaja kami), buat julung kali’nya kami akan memberikan 50 tiket wayang percuma untuk tayangan filem Did You Hear About The Morgans yang bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 28 Disember ini.

Filem komedi romantik yang dibintangi oleh Hugh Grant & Sarah Jessica Peter bakal membuatkan anda ketawa tidak henti-henti. Sedikit sinopsis, memegang watak sebagai Paul dan Meryl Morgan, pasangan Morgan ini sedang dilema dengan krisis rumahtangga. Walaupun dalam proses penceraian, mereka masih akur untuk makan malam romantik bersama-sama.

Kes’nya, Paul seorang yang tidak jujur tetapi masih mahu’kan Meryl kembali kepada’nya. Nak dijadikan cerita, selepas makan malam mereka secara kebetulan menjadi saksi untuk satu kejadian pembunuhan. Agensi kerajaan telah menghantar mereka ke perkampungan kecil di kawasan Wyoming untuk menyorok daripada dijejaki oleh pembunuh. Peristiwa ini sedikit sebanyak membantu menyelamat’kan perkahwinan mereka.

Khas buat pembaca OHBULAN, Cinema Online & Sony Pictures Releasing International sudi untuk menaja 50 tiket wayang percuma, setiap peserta bertuah akan memenangi 2 tiket wayang. Ya, anda boleh bawa kekasih sekali!

Maklumat tayangan seperti berikut :

Filem : Did you hear about the Morgans?

Tarikh : 28 Disember 2009 (Isnin)

Masa : 9.30pm

Bertempat di : Cathay Cineplex Damansara

Syarat penyertaan :

Cara memenangi tiket percuma ini mudah sahaja, anda hanya perlu post tajuk entri ini ke dalam status akaun Facebook anda. Contoh seperti di bawah.

Kemudian, lampirkan bukti dengan email screenshot status Facebook anda beserta nama, nombor telefon dan kad pengenalan kepada hi@ohbulan.com. Letakkan tajuk email “Menang Tiket Did you hear about the Morgans?” supaya mudah buat kami untuk mengenalpasti penyertaan anda.

10 Artikel Paling Sensasi Di OHBULAN Sepanjang 2009

Dikemaskini oleh M pada December 21st, 2009

Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2009 yang penuh kontroversi ini akan tamat. Di’ambil dari statistik Google Analytic, kami berjaya menyenaraikan 10 topik yang mendapat tumpuan pembaca.

  1. Rindukan Fasha Sandha? Ini Gambar Fasha ‘Paling Dalam’ Sebagai Ubat
  2. (Gambar) Lana Nordin Yang Mereka Gelar ‘Pamela Anderson Malaysia’
  3. (Gambar) Anak Datuk K & Sophia Berpangkuan Atas Sofa
  4. (Gambar) Isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif Pula Bersosial
  5. (Gambar) Hangat Sharifah Jasmine Soraya Peserta Gadis Melayu Cium Mulut Sesama Jantina
  6. (Gambar) Imej Gadis Melayu Baik Scha al-Yahya Berakhir Di Sini
  7. (Gambar) Panas Aliff Aziz Bercium Dengan Gadis Bulu Lebat
  8. (Gambar) Linda Jasmine, Sudah Kahwin Pun Masih Tegar Tayang Aset
  9. (Gambar) Akma Hisyam: Aktress Panas Drama ‘Di Bawah Ketiak Isteri’
  10. (Gambar) Nora Danish Hot Mama Bersosial Bersama Rakan

Apa yang boleh kami simpulkan, rata-rata pembaca OHBULAN! lebih mengemari topik yang berkaitan dengan artis wanita, penuh dengan cerita kontroversi, dan aksi nakal.

Untuk carian kata kunci, Fasha Sandha mengonggoli tempat pertama dan sekaligus dinobatkan sebagai artis paling kontroversi tahun 2009.

Ehem, Menarik Tentang Lagu “Enjut” Nyanyian Noraniza Idris Yang Dikatakan Lucah

Dikemaskini oleh M pada December 1st, 2009

Enjut ewah enjut, enjut
Ala ramai enjut

Enjut nak tak enjut
Enjut ramai ramai enjut

Sedikit sedutan lirik lagu Enjut – Noraniza Idris Feat Cat Farish yang semakin menjadi bualan ramai. Kata mereka, bila dibaca berulang kali lirik lagu ini, seperti ada elemen kelucahan atau dalam konteks barat, double meaning. Andai kata betul, lagu Enjut boleh dijadikan masterpiece ulung buat Noraniza Idris & komposer’nya.

Kami di OHBULAN! akui, tidak mempunyai daya imaginasi sastera yang tinggi. Tetapi, sebagai pendengar biasa, kami amat terhibur dengan lagu Enjut, terutama’nya apabila di’gabungkan dengan elemen hip hop nyanyian Cat Farish. Campuran budaya barat & timur di dalam sesuatu lagu, bukan calang-calang komposer yang mampu menghasilkannya.

Al-kisahnya, idea lagu Enjut ini datang’nya daripada rentak tarian kuda kepang, tarian warisan budaya jawa dari abad ke-15 (wikipedia). Namun, lain orang lain selera’nya. Kalau otak sudah berfikiran lucah, memang semua lagu pun menjadi lucah. Pendek kata, layankan lagu ini & semua’nya terpulang kepada anda untuk menilaikan’nya. Video selepas ini.

Teruskan Membaca →

What’s Hot Next :Acara Menarik Bulan Disember 2009

Dikemaskini oleh M pada November 25th, 2009

Festival Rock The World 9

Antara konsert terbesar yang sering mendapat sambutan hangat daripada para peminat muzik underground, Rock The World 9 sekali lagi menemui peminat pada 26 Disember 2009, bertempat di parking kereta A, stadium Bukit Jalil. Kemunculan band-band popular seperti Meet Uncle Hussain, Love Me Butch, Couple & lebih 60 artis akan memeriahkan hari minggu anda. Rock The World 9 akan menyediakan 3 pentas iaitu Main Stage, Indie Stage dan Chill Out Stage. Setiap satu pentas ini menampilkan band-band daripada pelbagai genre, membolehkan anda menyaksikan band kegemaran tanpa had!

Tiket konsert Rock The World 9 berharga RM25 boleh didapati di pusat jualan Axcess, Music Valley & Rock Corner yang berdekatan. Teruskan Membaca →

Sam Tsui, Penyanyi Medley Michael Jackson Yang Awesome!

Dikemaskini oleh M pada November 24th, 2009

Rindukan Michael Jackson? Sam Tsui, seorang pemuda yang boleh tahan kacak’nya mempersembahkan nyanyian medley lagu Michael Jackson secara acappella, hasil gubahan komposer, Kurt Schneider.

Apa yang menarik, medley ini sepatutnya dinyanyikan oleh 6 orang secara harmoni, dan Sam Tsui melakukannya secara perseorangan!

Al-kisahnya, Kurt bertanya kepada Sam Tsui, “Kau boleh bernyanyi dengan nada yang tinggi, nak cuba bahagian perempuan, tak?” Dan, Kurt tiba-tiba mendapat idea untuk ‘klon’ Sam Tsui di atas video menjadi 6 personaliti yang berlainan.

Tonton video dibawah, dan lihat sendiri betapa ‘awesome-nya’ vokal Sam Tsui.

Bila Mr.Avamon Dari Romania Nyanyi Lagu ‘Cuba’ Faizal Tahir

Dikemaskini oleh M pada November 4th, 2009

Nampaknya populariti Faizal Tahir tidak terbatas kepada peminat Malaysia & Indonesia sahaja. Bakat & lagu Faizal Tahir sudah sampai ke Romania.

Seorang penyanyi amatur dari Romania yang menggelarkan diri sebagai Mr.Avamon berjaya merakamkan bakatnya menyanyikan salah satu hits dari Faizal Tahir, Cuba.

Boleh tahan’lah nyanyian jejaka Romania ini memandangkan jurang bahasa yang sangat berbeza. Siapa kata Bahasa Melayu tidak global? Heh.

Arkib

Anda sedang melayari arkib “Interesting Stuff”.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • uzzri: zubir ni mmg over malah blog ohartis sendiri pernah kutuk zubir kerana suka copypaste berita dari...
  • rafiz2000: alahai masa bercinta semua nye manis..elok..bau kentut pun wangi jer.. bila dh break..masuk court..saman...
  • Azlin Mohd Aznan: betul2 kata kau tu mIssing…aku sokong apa yg kau katakan tu..aku minat sangat2 kat scha
  • Azlin Mohd Aznan: pe hal lak kau nak komen lakonan scha al-yahya dalam awan dania….tu lakonan dia je,bukannya...
  • andika: ok jer minah ni kalau nk dibandingkan ngan artis wanita melayu kita skrg ni.nama jer islam tp gaya hidup cam...
  • aZaRaMa: sAyA SuKa dEnGaN aWaK aLiFF!!KlU D bErI pELuaNg Utk MeNjAdI kEkaHsIh aWaK, sAyA B sUmPAh DeMi AllaH sAyA...
  • aZaRaMa: aSsmUlAiKuM KePaDa aLiFf aZiZ PeMiNaT sEtIa sAyA…..aLiFf NaK tAu tAk !!sAyA nI KaLaU D BeRi pElUaNg...
  • VTEC R: Sure Bro..??? 1000R lu ada ka..?? Entah2 naik SBK pun tak pernah…!
  • Hmmm...: Apapun..Welcome Back.. Panazzkn lg isu2 semasa nie.. Byk hutang dgn kami, the Readers sejati pasal gosip2...
  • Hmmm...: Aduka Teruna??? Saman Menyaman??? Notis Amaran??? Hahaha…nie mesti admin terkena penangan antara d...
Improve the web with Nofollow Reciprocity.