Kata kunci “OH BULAN” baru sahaja disenaraikan oleh Google di dalam kelompok The Fastest Rising bagi tahun 2009, dan kami berada di kedudukan no. 6. Turut tersenarai di dalam kelompok yang sama adalah kata kunci “Facebook Login”, “Micheal Jackson”, “Elizabeth Wong”, dan “Utusan Malaysia”. Tahniah diucapkan kepada anda sebagai pembaca setia OHBULAN! yang kerap memberikan sokongan padu kepada kami. Kami hargai anda sangat-sangat!
Bagi kategori Entertainer, Zee Avi yang popular dengan lagu Kantoi berjaya menduduki tangga teratas, diikuti dengan Yuna & Hafiz AF. Manakala bagi kategori Local Songs pula, lagu Khatimah Cinta nyanyian kumpulan 6ixth Sense berada di tangga pertama. Teruskan Membaca →
Dapatkan Update Paling Rahsia
Update paling rahsia, tiada dalam blog, dan paling penting anda orang pertama!
Susan Boyle, wanita berumur 47 tahun memukau juri serta jutaan penonton musim terbaru British Got Talent dengan suara’nya, ‘Wow’ yang terbesar pernah penulis beri’kan selama mengikuti rancangan ini sejak setahun yang lepas. Susan Boyle, membawa lagu ‘I Dreamed A Dream’ daripada Les Miserables di’pentas British Got Talent sabtu lepas bercita-cita menjadi seorang penyanyi profesional, telah menarik 22 juta penonton Youtube dalam masa seminggu.
Tiada rupa yang cantik, hanya di’kurnia’kan satu suara yang indah, sudah cukup membuat OHBULAN! terharu dengan lagu yang di’sampaikan oleh beliau. Setakat ini, tiada lagi bakat baru di’Malaysia yang mampu berbuat demikian, yang mampu menarik jutaan penonton Youtube. Adakah ini bermaksud Malaysia ketandusan bakat baru yang memukau?
Video di’bawah merupa’kan rakaman beliau mendendang’kan lagu ‘Cry Me A River’. Layan’kan..
Ketua Pegawai Teknikal Flavert Media Lab, Faisal Arbain telah pun menghasilkan satu aplikasi untuk telefon bimbit yang dinamakan TGV(Tanjung Golden Village) Mobile.
TGV Mobile merupakan aplikasi Flash Lite yang bertujuan untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat dari panggung wayang TGV di seluruh Malaysia. Antara fungsi-fungsinya adalah:
1. Paparan ‘Tayangan terkini‘ yang dikategorikan mengikut bahasa.
2. Paparan berdasarkan cawangan-cawangan TGV dan apakah filem yang dipertontonkan di cawangan tersebut.
3. Sinopsis dan maklumat mengenai filem ( Genre, Pelakon, Bahasa, Pengarah ).
4. Melakukan tempahan tiket dengan satu dial sahaja untuk cawangan seluruh Malaysia.
5. Jumlah Penggunaan Bytes.
‘Flat Bulb’ is designed by Korean designer Joon Huyn Kim. Unlike ordinary bulbs its volume is 1/3 smaller, reducing the cost of packaging and transport. Its slim shape allows bulbs to be easily stacked and prevents breakage as it does not roll. His work was on display as part of 100% Design Tokyo. Teruskan Membaca →