berita

Cepat & Ringkas! Ini 5 Cadangan Sahur Untuk Korang di Bulan Ramadhan

June 6th, 2017 | by Epul
Kini Trending

Apa macam minggu pertama puasa korang? Takkan dah ada yang tewas kot? Ni mesti kes selalu tak sahur sebab lambat bangun atau mak kejut tak dengar kan? Kalau yang duduk bujang mesti malas masak. Hehehe…

Jangan suka tinggal sahur sebab sahur membekalkan kita keperluan nutrisi sampai waktu berbuka. Kalau tak sahur, badan mudah lemah dan kurang fokus lepastu mengganggu aktiviti harian korang. Tak syok lah kan?

Sebaiknya, sahurlah sedikit walaupun dengan segelas air sekalipun. Nak lagi lengkap, ambil makanan atau minuman berzat serta berkhasiat supaya badan kekal aktif sepanjang hari. Haaa, ini admin kongsikan 5 cadangan menu sahur untuk korang sepanjang bulan Ramadan ini. Taklah pukul 2 petang dah lemau..

1. Pilihan nasi

Tengah kalut fikir nak masak apa untuk sahur, teringat semalam berbuka makan nasi. Banyak lagi lebihan dalam peti sejuk. Apa lagi, boleh buat nasi goreng ikut kreativiti korang. Ikut selera la, nak nasi goreng cina, kampung, tomyam, ikan masin pun boleh. Tambah apa-apa bahan yang ada kat dapur.

Cadangan admin korang buat nasi goreng sardin. Sebabtu pentingnya simpan stok sardin kat dapur. Goreng nasi lebihan semalam, tambah sayur dan ikan sardin dalam tin. Lengkap keperluan nutrisi korang sehari dengan adanya nasi, sayur dan ikan. Kan tak pening dah nak sahur apa?

2. Roti sandwic

Kalau korang jenis suka makan ala western, mesti korang suka sarapan roti sandwic. Sebenarnya, boleh je menu ni dijadikan menu sahur. Kalau korang kreatif, boleh pelbagaikan sandwic dengan menambah ayam, telur dan keju. Lagi berkhasiat dan banyak pulak kandungan protein untuk tenaga korang sepanjang hari!

Cadangan admin, korang boleh tambah ayam lebihan berbuka semalam. Contohnya ayam percik atau ayam goreng. Hiris halus-halus dan letak dalam sandwic, tambah keju dan sayur-sayuran. Panggang sekejap dan korang dah ready untuk sahur.

3. Hidangan pasta

Lagi satu makanan ala western yang makin popular sebagai bekalan tenaga dan senang nak buat, pasta. Banyak jenis pasta dijual dalam paket supaya senang simpan kat rumah, sama jugak macam sosnya yang dah ready made. Korang boleh pelbagaikan resipi ikut kreativiti sama ada dan menambah sayur dan sebagainya.

Kat sini, admin cadangkan menu paling simple iaitu makaroni goreng atau pasta goreng. Gunakan minyak zaitun untuk menggoreng supaya lebih sihat, kemudian tambah la bahan ikut kegemaran korang. Misalnya ayam, cendawan, makanan laut, keju dan sebagainya. Tak sampai 10 minit korang dah boleh sahur.

4. Bijirin oat

Ini adalah menu sahur paling senang dan korang tak perlu masak langsung. Campur oat dengan buahan tempatan contohnya tembikai, mangga dan sebagainya. Nak tambah dengan kurma pun boleh. Biar dalam peti ais semalam dan waktu sahur korang tinggal makan je. As simple as that!

5. Yogurt dengan buah

Kalau kat rumah korang banyak stok kurma atau korang memang suka makan kurma, boleh letak dalam yogurt untuk dijadikan menu sahur korang. Yogurt tinggi serat, jadi perut kenyang lebih lama dan boleh mencegah bau mulut dengan adanya bakteria baik yang mengandungi lactic acid yang menjaga pH mulut supaya tetap seimbang.

Selain kurma, yogurt juga boleh dimakan dengan buah-buahan segar contohnya strawberi, pisang, kiwi, mangga, epal, pir dan sebagainya. Ikut kreativiti korang la, tambah kekacang pun boleh. Lagi sedap!

Sahur dengan MILO untuk lebih tenaga

Haa, sekarang lengkap menu sahur korang kan? Lagi lengkap kalau korang minum MILO lepas makan supaya korang akan kekal aktif, bertenaga dan sentiasa fokus dalam apa saja yang korang lakukan. Puasa-puasa pun hari macam biasa. Taknak lemau-lemau dah sampai bos pun perasan.. Hehe..

Banyak sebenarnya produk MILO korang boleh dapatkan kat pasaran tapi untuk lagi mudah, pilih jenis sachet 3 dalam 1 atau pun MILO Kosong supaya senang korang bancuh waktu sahur. Ambil 1 sachet, tambahkan air panas, kacau dan sedia untuk diminum.

Selamat bersahur!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×