berita

Che Ta Akhirnya Dirisik Kekasih, Zain Saidin

September 30th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Zain & Che Ta

Jika majlis pernikahan Bront Palarae yang tidak dihadiri oleh para wartawan pun tidak dapat disembunyikan dari pengetahuan umum, apa lagi majlis merisik pasangan selebriti, Zain dan Che Ta yang baru sahaja dilangsungkan semalam.

Menerusi mStar Online, akhbar online ini melaporkan bahawa Zain Saidin akhirnya telah pun merisik Rozita Che Wan dan menurut pengurus peribadi Che Ta, ia hanyalah sekadar majlis merisik dan bukannya bertunang.

“Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan.

“Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum.”

Majlis yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah selebriti telah diadakan sekitar jam 3 petang semalam (29 September).

Ia dikuatkan lagi dengan akaun Instagram Che Ta yang telah dimuatnaik dengan sekeping foto dan status berbunyi,

Screen Shot 2013-09-30 at 12.27.31 AM

Screen Shot 2013-09-30 at 12.28.03 AM

Cincin tanda dirisik oleh Zain Saidin untuk Rozita Che Wan

Apa pun, sehingga kini masih belum ada maklumat sahih mengenai bilakah majlis pertunangan dan majlis pernikahan akan diadakan.

Semuanya masih lagi berlegar-legar sebagai khabar angin dan biarlah tuan punya badan yang mengumunkan sendiri bila tiba masanya ya. Tahniah!

Latest Update :

Menerusi laman Instagram Instagram Annas Easkey, Man Kajang dan Qudyn, OHBULAN! berjaya mengumpulkan beberapa keping foto Che Ta yang kelihatan anggun menawan dengan persalinan merisiknya yang berwarna putih.

Mari lihat foto selepas ini ya!

SKIP THIS AD ×