berita

Chef Riz & Ana Dahlia Sah Bercerai

November 8th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sejak minggu lalu, kecoh isu berkaitan keretakan rumah tangga Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30 dengan pasangannya Ana Dahlia.

Bagaimanapun Selasa lalu, Ana Dahlia enggan menceritakan lebih lanjut berkaitan masalah rumahtangganya kerana menganggap ianya adalah terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Namun begitu, menurut laporan Kosmo Online hari ini Chef Riz mengaku sudah bercerai dengan Ana Dahlia, akan tetapi enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

Ya, saya memang sudah bercerai

Menurut Chef selebriti ini lagi, penceraian rumahtangganya berpunca daripada ketidak sefahaman antara mereka dan mengaku perkenalan secara singkat menjadi punca keruntuhan rumahtangga mereka.

SKIP THIS AD ×