Laman Utama » Berita Terkini

Peminat drama Asmara lakonan Shahz Jaszle akan menemui sekuel kedua mulai minggu depan, 8 Mac 2011 setiap hari Selasa pukul 9 malam di slot Lestary. Kali ini, pengarah Asmara 2 menampilkan barisan pelakon seperti Faralyna (Melati), Faezah Elai (Zaliya), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi & Rahim Jelani.
Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.

Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?





tak berapa nak layan derama-derama ni… hehe
tak suka pasal ada shahz jaszle…kesian maria farida..
playboy betul….aku yang lebih hensem pun tak playboy…kui3..
huhuhuhuhu…x sabar nk tengokkkk…
waaa….
aku benci SJ ni bajet bagus…prasan nak mampos nape org cmni diambik jd hero????kontoversi je lbeh
alamakkk sadis je jalan cerite die..huhuhu
gmbr last yg faezah pki tudung tu mcm x kena je ngn baju dy! baju kotak2, lps tu tudung kaler terang.. mcm minah bangla daa.. :D
ha a la…
dh mcm mcik2 pn ada..
hehheheheheh
pttnye tukar tajuk, cinta tiga segi SJ-MF-NEELOFA.. lol!
watak si MF tu ujud lg ke???????
MF dah xde lam cite ni….
typical plot…. ade je bunuh2.. nympah.
seriously xpenah tau pon ade drama ni kat TV…
bosan nye tgk drama melayu yg pnoh ngan sadis…
jln cite lbh kurg jew…
adoii
tpu kot takn te pena tgk iklan kt tv hehe
tah2 ko lyn cite indo kot…
ntah2 umah ko takde tv kot…haha…
nk tgk cite nih…tp ade s.leleh ni ta best la klo tuka hero len yg hnsem kan best :)
adoi nk tgok tpi shah jazel nie jadi hero dia alalalala spoil tul
xsabo nak tgk cite nie,xkisah la sape plakon nye janji cite best..
huhuhu.. aku nk tgk tp… konfem laki aku xnk tgk.. abis cmno???
yeke mira?? ke sj wat2 tak tau..
konon2 cam tak lyan cter mlayu le…ahaakkss..geli
hahaa. jgn salahkan dia. aku pcinta drama & filem melayu. x kisah la jln cete dia camne yg pntg ada feel
Kepada sape2 yg KONON TAK LAYAN CITER2 CAM NI, takyah banyak bunyi..banyak lg chanel lain yg korang pilih..
BTUL2. LAU DH X TGK XYH LA SIBOK2 NK KOMEN KT CNI! WT SEMAK JE ORG BACA KOMEN KO!
kadg2 ada masa tgoklah.agak2 plot x best tukar lh channel lain..x yah bising2 pun,..
xtau nk tgk ke x sbb siri 1 mmg tgk,tp siri 2 ni mcm dh malas nk tgk sbb nyampah lak tgk SJ ni…tp cite bes….cam ne ni?….
jap2…raziq 2 sape ek?…aku lupe la….ayah asmara ek?….
raziq ex bf zalia. yg pelakon macho nazim othman 2.. kn dh mati kene tembak polis..
adoi raziq tuh nazim othman le y jadi jahat pown macho gak,bkn cam SJ nie jadi baik pown ak sakit aty jerk haha kasihan” asmara “
aku suke nazim ni…comel…tp 2 la dia jd jahat lak….tp klu SJ jd jahat mcm xsuai lak..bkn sbb dia kne jd baik je tp boleh ke muke ayu mcm 2 jd jahat?…
sori…lupe…msj ni dh anta bru igt…aku fhm skrg,dia bg harta kt adam (ank zalia) sbb 2 ank dia kan?….k k….
Harap-harap ending yang tak mengecewakan kali ni.
erm…bess citer nie….
emmm..mesti best citer nih. harap tak membosankan..
asmara 1st, best gila tgk suka watak zaliya yg ego sgt…. lama2 suka SJ, pastu kuar citer ntah paper pasal pelakon2 ni naik menyampah dah rasa, aku layan habis asmara 1st, skrg nk asmara 2nd mcm tak payah tgk pn dah tahu ending nya…
Waah!! tak sabaq nak tengok slasa ni. ;)
Shahz Jaszle ni umur berapa? Bawah 25 tahun kan? Tapi muka dah mcm orang tua. Especially tang dahi – dah ada landasan keretapi dah deknon.
aku suka drama…. tmbh2 drama yg ada kualiti… lakonan SJ ok … mantap.. kisah dia dng MF tu… aku xheran sbb…bkn MF tu aku… lantaklah dia nk bercinta dng sapa pun…aku sokongan drama tmpatan yg berkualiti.. xdelah kit2 drama indo je…boring
iya saya setuju dengan wak
Ini ikut tajuk filem indo or terinspirasi filem indo ‘Asmara 2 Diana’ yg da tayang 2 tahun lalu jln ceritapun hampir sama
ko minat cite indo lah mknanya erk hihihihihi
cerita ini boleh di katakan best lah juga lebih2 lagi scence asmara dan zaliya
sweet sgt tak sabar nk nonton drama ini…………..
walau mcm mana pun sokong drama tempatan jangan asyok tgk indo je
Benda2 mcm ni tak payah la Oh BULAN nak cover…
tahap nak review drama kat tv..gila boring.. mcm korang dah takda bahan je..
klau bosan2 boleh je layan cerita ni
haku pon x suke pangai realiti SJ ni tp aku suke lakonan die.memang hidup terutama cite gemilang
wah…x sabar nk tgok cite ni..harap2 lg best dari first 2…
bila nak ada entry baru ni?
suka sgt ngan drama ni………x sabar tggu sok!! yeah yeahh..!!!!..
korang suka asmara balik dgn Zaliya atau trus kekal bsama melati?????..tapi bg sy..sy suka lagi zaliya bsama asmara….best…nak tapi malu..ehehheeh tym pling best..mse zaliya rase die da mula cintakan asmara..heheheh…
yup…..melati ptut undur diri..sbb asmara cintakan zaliya…ehheheh(dlm drma ni la) (^_____^)
Pakat2 lah kita nengok cite ni malam ni ye……………..
jom2!!! aku pn x sbr nk tgk mlm ni…
woo…mlm nie dah start asmara 2…mmg dr musim 1 sy dah tngok…tngok nye iklan dah xsabar nak tahu cietanye smp abes…mlm nie tv3 pukul 9pm…sure tonton!!!!cieta mmg best…
cite boleh la tahan kot….tp hero dia….trus mls nak tgk…..
cite boleh la tahan kot….tp hero dia….trus mls nak tgk………..
WAh tak sabarnya nak tonton Asmara 2! :D
wah wah..tadi tgk asmara…..rase ending die mcm tau je kan..dpt agak..tapi ape2 hal nak tgk gak…..
minat 2 mmg minat..tp ada shahz jazel yg berlagak 2.
menyampah denn..
ya ALLAH.. walau apa pun korang ckp!! aku tetap minat giler ngn citer nie!! klu ader VCD.. aku beli buat koleksi!! bestnyer!! love faiza & shahz!!
smlm tgk asmara…geram lak aku tgk tria….rse nk lempang jer!…
KIRANA : tau xpe!! dr 1st season aku meluat sgt ngn si tria tu! in reality pn aku x suke dia la. huhu
buruk nye pelakon pompuan dier
cet ! sesuka hati je kan kutuk2 org , awak tu cantik sgt ke ha ? grr .
sy mmg tak minat sgt dgn shahz jaszle nie , ye laa , kan byk gosip psl die ,
but honestly , he’s a good actor :) , lakonan die bagus .
korang ni kalu bab mengutuk pandai lah,….i suka citer ni n pelakon nya terutama shah jaszle…dia ada buat salah dgn korang ker yg u all duk kutuk2 tu
xbest sbb ade mmat nih..blakon kaku jek