berita

Coldplay Lancarkan Filem Dokumentari Konsert “Mylo Xyloto”!

November 8th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Menonton filem memang selalu, tetapi jarang bagi kita untuk menonton filem dokumentari tentang konsert sesebuah kumpulan muzik.

Terbaru, dari kumpulan muzik yang terkenal dengan lagu-lagu seperti, Yellow, Viva La Vida dan Paradise, Coldplay bakal melancarkan sebuah filem dokumentari mereka yang pertama selepas 9 tahun dan ia mempunyai visual sepanjang konsert jelajah album “Mylo Xyloto” mereka dari bulan Jun 2011. Apa yang menarik, konsert mereka telah dihadiri oleh lebih 3 juta orang dari seluruh dunia ketika ianya berjalan.

Pada hari yang sama pelancaran filem ini, Coldplay akan turut melancarkan single terbaru mereka, “Hurts Like Heaven”. Jadi jangan lepaskan peluang anda dan ingat, filem ini akan dilancarkan di pawagam Malaysia pada 19 November 2012!

Mari tonton trailer “Coldplay Live 2012”.

SKIP THIS AD ×