berita

Dadali Lancarkan Album Pertama Berjudul “Disaat Aku Mencintaimu” Di Malaysia

April 4th, 2012 | by Ell | 3 comments
Kini Trending

OHBULAN! pasti anda pernah mendengar lagu berjudul “Disaat Aku Mencintaimu” kan? Bait-bait lirik penuh bermakna seperti ‘aku, inginkan dirimu, dekat dan temui aku’ pasti pernah dinyanyikan oleh anda sebelum ini.

Yang pasti, lagu dari kumpulan Dadali yang berasal dari Indonesia ini mula popular apabila dijadikan lagu tema untuk drama berjudul “Dingin Lavenda” lakonan Eira Syazira, Zarina AF, Faralyna Idris, dan juga Azlee Khairi. Bermula dari situ, lagu yang dimainkan oleh kumpulan dianggotai 6 orang anak muda ini telah mula dinyanyikan dan diminati oleh rakyat Malaysia.

Kumpulan Dadali dianggotai oleh Dyrga (Vokal), Fadel (Bass), Rickarjd (Gitar), Yuda (Gitar), Oq (Drum) dan Rix (Keyboard). Bagi yang tidak tahu, Dadali sebenarnya dalam bahasa Sunda bermaksud “Burung Garuda”. Nama ini diberikan kepada mereka setelah menandatangani kontrak bersama Nagaswara, sebuah syarikat rakaman yang bertapak di Jakarta, Indonesia.

Setelah popular dengan lagu berjudul “Disaat Aku Mencintaimu”, kumpulan Dadali telah mencuba nasib dengan melancarkan album pertama mereka di Malaysia yang juga berjudul “Disaat Aku Mencintaimu”. Mereka telah bekerjasama dengan Tropic Jaya Sdn Bhd untuk penjualan album di pasaran Malaysia.

Album ini mengandungi 10 buah lagu antaranya Disaat Aku Mencintaimu, Beauty And The Beast, Katakan Cinta, Hitam Putih, Cinta Bersemi Kembali, Kau Yang Menghilang, Usai, Hilang, Buku Diary, dan juga Rahasia Cinta.

Apa pun, bagi yang belum pernah mendengar lagu popular, “Disaat Aku Mencintaimu”, mari layankan selepas ini!

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

3 Comments

  1. Nadiana says:

    Suka lagu nie tapi lirik sedih…..

    (0)
  2. sueailyy says:

    suka bangat lagu ni

    (0)