berita

Ada Lagi Yang Tak Puas Hati Dengan Johan & Ozlyn

September 15th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-09-14 at 11.12.02 PM

Bak kata pepatah “ikut resmi padi, semakin berisi, semakin menunduk”. Namun lain pula kisahnya mengenai pasangan sweet, Johan dan Ozlyn yang didakwa semakin berlagak bila dah glamour? Eh.. iyeke ni?

Sebenarnya gosip ni pun kami dapat menerusi laman Instagram mereka apabila sekeping foto gabungan screenshot komen ‘peminat’ telah dimuat naik semalam.

Ha..peminat ke haters ni? Daripada gaya bahasa, lebih menjurus kepada haters kan? Siap tuduh Johan tu tak sedar diri dan asal usul pulak tu. Paaaanaaasss!

Screen Shot 2014-09-14 at 10.56.50 PM

Walaupun tidak meletakkan apa-apa caption untuk foto tersebut, ramai peminat Johan dilihat menyelar kenyataan yang dilakukan oleh individu tersebut.

Malah, ada juga yang memberitahu bahawa mereka pernah bersemuka dengan pelawak terkemuka itu dan ternyata menerima layanan yang baik.

johanrajalawak

Kalau anda masih ingat, pasangan ni pun pernah dikaitkan dengan beberapa pertelagahan dengan followers instagramnya dulu.  Ala.. mula-mula sekali kes Johan dikatakan tertidur ketika solat padahal realitinya Johan tak boleh bangkit daripada sujud kerana anaknya bermain di belakang badan.

Kes kedua pun masih berkisar mengenai ibadah solat apabila pasangan ini diminta agar memperbetulkan kedudukan kaki anaknya yang masih kecil itu untuk sujud dengan sempurna.

Artikel Berkaitan:

Hurm.. apa boleh buat, adatlah bergelar selebriti kan? Ada yang suka dan tak kurang juga yang membenci. Jadi, kenalah banyak-banyak bersabar kan?

Kredit foto: Instagram Johan & Ozlyn

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×