berita

Dah Kopak Duit Beli Phone Canggih Sangat? Ini Tips Jimat Untuk ‘Hantu Gadget’ Di Luar sana

March 16th, 2016 | by Ash Nordin
Make-It-Senang

Screen Shot 2016-03-15 at 12.04.20 PM

Zaman ekonomi gawat ni kalau nak beli benda murah pun kena fikir dua atau tiga kali. Tapi kalau anda rasa benda yang anda nak belanjakan tu penting, beli sahaja jangan rasa membazir. Benda ni boleh dikaitkan dengan benda penting seperti phone. Bil phone dah jadi antara bayaran bulanan yang anda wajib bayar.

Tapi bila fikir balik, berbaloi ke bayar bil phone mahal-mahal.. Padahal dalam plan internet hanya 5GB je. Pakai sampai tak cukup sebulan pun dah nak habis. Takpe, jangan risau kali ni kami kongsi kan cara berguna untuk berjimat walaupun anda dah kurang duit beli phone mahal.. Huhu

1) Pertama, buat survey dulu!

Screen Shot 2016-03-15 at 12.03.20 PM

Haa.. Pertama sekali apa yang anda perlu buat adalah survey dulu talian/line mana yang menawarkan plan terbaik. Biasa lah, ada yang mahal dan ada juga yang murah.

Kalau mahal tapi coverage macam haprak tak guna juga kan? Bayar mahal-mahal servis hampeh. Jadi pastikan buat survey dan selidik betul-betul sebelum buat keputusan.

2) Buat call bila perlu

1

Nasib baik lah abam ni bukan jenis suka bergayut. Tapi ada seorang kawan abam ni memang asyik bergayut je. Lagi-lagi bila dah ada kekasih hati ni. Makin teruk penyakit ‘gayut’ dia tu. Lepas tu hujung bulan bil dah keluar mula la merungut bil melambung naik dan macam-macam lagi lah.

3) Jangan guna internet terlebih quota.. Nanti merana!

2

Sekarang ni data internet sebanyak 5GB pun memang tak cukup. Dah guna untuk instagram, Facebook, Twitter, Snapchat, Waze dan macam-macam lagi. Baru je setengah bulan dah 80% quota dah guna. Bila terlebih guna nanti kena bayar lebih dari plan yang kita subscribe pual. Haihh dilema dilema.

4) Pastikan cellular data anda ditutup

Screen Shot 2016-03-15 at 1.43.26 PM
Kami rasa ada antara anda di luar sana yang masih belum tahu pasal rahsia ni. Pastikan anda cellular data anda dalam mode ‘off’.
Screen Shot 2016-03-15 at 1.43.02 PM

Nak tahu sebab apa? Walaupun anda guna Wifi di rumah anda, charge untuk data internet masih digunakan lagi. Jadi kalau nak selamat, caranya ‘off’ cellular data dan guna sahaja wifi. Fuhh.. Selamat data internet abam.. Hehe

5) Dapatkan 15GB internet dengan harga murah.. Bagaimana?

4

Terkejut tak korang baca point nombor 5 ni? Haa.. Ini lagi satu tips berguna untuk korang di luar sana yang guna phone mahal tapi pada masa ingin bergaya dengan phone mahal. Iya lah, kalau korang nak guna postpaid mesti korang akan gunakan dalam masa yang lama kan? Apa? Tak tahu mana yang paling jimat? Kami ada jawapannya.

Apa kata anda dapatkan 15 GB internet kelajuan tinggi dan panggilan tanpa had dari UMobile? Eh biar betul ni? Macam banyak sangat je. Ni confirm guna beberapa bulan pun tak habis ni. Lepas tu nak bergayut dengan awek sampai lebam telinga pun takde masalah beb. Guna lah korang sampai puas.

Screen Shot 2016-03-15 at 2.26.04 PM

Bukan itu sahaja, UMobile ada lagi satu plan awesome yang dipanggil Hero Plus di mana anda boleh berkongsi 24GB internet sehingga 4 talian. Dengan serendah RM55, anda boleh dapat panggilan tanpa had ke semua rangkaian, kongsi internet quota terbesar sebanyak 24GB bersama rakan dan keluarga serta harga terendah untuk semua talian.

Screen Shot 2016-03-15 at 2.16.23 PM

Mak aihh banyaknya kelebihan plan UMobile ni.. Guna lah korang sampai pengsan! Huhu.. Jadi apa tunggu lagi geng? Mulakan langkah bijak anda dari sekarang.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang UMobile.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×