berita

Dah Kurang Berlakon : Ummi Nazeera Akui Lebih Selektif Lepas Berhijab

July 1st, 2014 | by Ai
Kini Trending

UmmiNazeera

Ingat lagi tak pelakon yang pernah popular dengan drama ‘Nur Kasih’ iaitu Ummi Nazeera? Alaa, yang memegang watak adik kepada Tiz Zaqyah tu.

Kalau korang masih ingat, sekitar tahun lepas, gadis manis ini sudahpun mengambil keputusan untuk berhijab sewaktu dia berada di tahun akhir pengajiannya di Australia.

Artikel Berkaitan: Ummi Nazeera Sudah Berhijrah?

Bagaimanapun, sejak menyambung pelajaran, Ummi seakan-akan hilang dari pandangan dunia hiburan. Namun, selepas bertudung, pasti ramai yang tertanya-tanya adakah gadis ini akan aktif dalam bidang lakonan atau pun tidak kan?

UmmiNazeera

Ummi ketika mengikuti sesi fotografi untuk majalah Remaja berkata dia masih berlakon tetapi akan menjadi lebih selektif berbanding dulu.

Perjalanan hidup Ummi, kalau nak dibandingkan sekarang dengan dulu, selepas berhijrah dalam industri ni, agak berbezalah sebab sekarang ni lebih selektif dalam karakter-karakter yang Ummi pilih.

Kalau korang nak tahu, Ummi amat teruja untuk menyambut Syawal di Malaysia kali ini bersama ibu dan abangnya. Maklumlah, Ummi sudah 4 tahun berada di Australia, pasti rindu nak beraya bersama keluarga kan?

Excited nak Syawal tahun ini sebab dah lama tak Syawal kat sini. Inipun baru balik tahun lepas, graduate bulan 12, lepas 4 tahun, akan beraya disini bersama mak dan abang.

Haaa, itulah serba sedikit jawapan Ummi mengenai kariernya selepas berhijrah. Korang mesti dah tak sabar nak tengok lakonan terbaru Ummi kan?

Apapun, kalau nak tahu apa lagi perkembangan terbaru Ummi, dapatkan majalah Remaja isu Julai 2014 dipasaran. Sekarang, jom tengok sikit sneak peek Ummi ketika sesi fotografi. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×