berita

“Dah Pakai Kereta Jenama Apa Sekarang?”- Sindiran Padu Lelaki Ini Untuk Jutawan-Jutawan Taik Kucing MLM!

September 2nd, 2015 | by Noraniza
Make-It-Senang

luxor

Kami pun masih ingat lagi masa mula-mula Multi Level Marketing (MLM) diperkenalkan dengan misi untuk menghasilkan jutawan pantas!

Mungkin kami juga bakal terpengaruh jika mempunyai modal untuk dilaburkan masa tu. Tapi, dah duit pun takde. So, kami tengok je lah member-member ‘melabur’ duit untuk jadi jutawan.

Dek kerana itu, perkongsian Ariff Arifin ni ternyata sedikit sebanyak mengingatkan kami kepada member-member bakal jutawan tadi. Hurm… dah kaya ke belum?

Kisah bakal ‘jutawan’ Luxor

Screen Shot 2015-09-02 at 11.28.42 AM

(gambar hiasan)

“Apa khabar jutawan-jutawan Luxor??!”
“LUAR BIASA BAIK!!!!”

Ya. Itu cerita tahun 2005-2006. Rupa-rupanya, Phytoscience lambat lebih kurang sepuluh tahun dalam menggunakan ayat keramat ini dalam bertanya dan menjawab khabar. Ya. Sepuluh tahun. Patutnya gunalah lagu “Apa Khabar” yang Joe Flizzow dan SonaOne nyanyi tu. Barulah ‘up to date’ kata mat saleh. Dan “jutawan-jutawan” Luxor tu tak ada pun jadi jutawan. Semua akhirnya melingkup. Dah masuk Kampus Gombak pun pakai motor lagi. Jutawan taik kucing!

Aku ingat lagi, punyalah ‘hip’ MLM waktu tu, terutamanya Luxor. Tiap-tiap malam Selasa ada perjumpaan kalau aku tak salah. Masa tu perjumpaan tu dibuat dekat Menara Luxor dekat PJ. Sekarang aku pun tak tahu Menara Luxor ni masih tersergam indah ataupun dah tukar nama. Pertengahan semester pertama dekat Matrik, ramai dah kena getah. Ini semua gara-gara kena ‘brainwash’ di Menara tersebut. Semua balik ke bilik dengan semangat berkobar-kobar nak suruh kawan satu dorm masuk juga.

Semua pergi pun bukan ada ‘upline’ yang “kutip”. Tahan teksi, dan “tong” duit tambang nak sampai ke tempat tu. Upline ada Mercedes, BMW bukannya nak tolong. Ya. Kau tak payahlah menunjuk upline kau umur 24 pakai Porsche Carrera GT dengan Ferrari. Orang lain dah pakai skil tu tahun 2005. Upline kau tu baru tingkatan dua masa tu.

Screen Shot 2015-09-02 at 11.30.38 AM

(gambar hiasan)

Tapi mujurlah aku ni budak AED. Banyak kerja. Ya. Sudahlah aku ni pemalas nak siapkan projek, ada hati kau nak ajak aku ke tempat macam tu. Lainlah kalau ajak aku ‘fly’ pergi 14 main snooker. Itu aku ‘on’. Aku rasa, inilah antara penyebab aku ‘extend’ pengajian aku dekat Matrik jadi dua tahun.

Masa tu yang masuk ni semua bukan ada duit pun. Dapat seribu ringgit je wang ihsan KPT setiap semester. Tapi punyalah “selenge” sampai sanggup meminjam. Ni semua pasal upline dia ajar. Aku tahulah pasal ada brader tu ajar macam tu. “Korang dapat duit seribu kan? Ko cari kawan ko dua orang. Ko pinjam duit diorang seribu sorang. Atau ko cari 4 orang, pinjam 500 sorang. Ikut ko lah macam mana. Nanti dah masuk, ko cari downline. Dapat dua downline, ko dah boleh setel hutang. Lepas tu, engko lah Jutawan Luxor!” Menitik air mata aku bila fikir balik apa yang dia ajar ni.

Bangang mereka yang meminjam, bangang juga mereka yang sanggup memberi pinjam. Termasuklah aku. Sebenarnya aku beri pinjam pasal aku semak kena paksa masuk Luxor ni. Aku ingat lagi perbualan berkenaan kehidupan dan harapan tu. “Kalau ko tak nak masuk tak apa, ko bagilah aku pakai duit ko, Pet. Ayah ko kan bagi duit belanja. Nanti aku dah dapat cari ‘downline’ aku bayarlah semula. Sekejap je ni. Bakal Jutawan Luxor!! Hehe.” Kata dia sambil tersengih memujuk aku.

Screen Shot 2015-09-02 at 11.30.17 AM

(gambar hiasan)

Nak pinjam pun janji bayar dalam masa sebulan dua. Kau tahu berapa lama aku nak dapat semula duit aku? Semester ketiga ke semester empat dekat Matrik baru aku dapat. Celaka betul. Itu pun jenuh berbuih mulut aku minta, dah serupa pengemis pun ada.
Selain Luxor, banyak juga jenama MLM ni. Ada Sureco, Uptrend, Omegatrend dan segala jenis ‘trend’ lain yang memang ‘trendy’ pada tahun-tahun tersebut.

Punyalah hebat penangan MLM. Ada putus kawan. Ada sampai bertumbuk pasal minta hutang. Ada yang buat tak tahu terus dengan hutang tu. Tapi, penghujungnya cuma satu je aku nak tanya.

“APA KHABAR JUTAWAN-JUTAWAN LUXORRRRRRRR???!!!! Dah pakai kereta jenama apa sekarang??!”

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×