berita

Dakwa Sambal Nasi Kerabu Thailand Dari Daging Ular Sawa, Ini Penjelasan Jakim

September 26th, 2016 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

sambal-ikan

Baru-baru viral di media sosial mengenai status halal sebuah produk daripada Thailand iaitu sambal ikan nasi kerabu yang kononnya diperbuat daripada daging ular sawa.

Berikutan itu, Bahagian Hab Halal, JAKIM telah memuatnaik satu status di facebook menjawab perkara tersebut. Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan diri daripada produk ini sementara masih dalam proses siasatan.

Logo halal tamat tempoh

VIRAL SAMBAL IKAN NASI KERABU DARI DAGING ULAR SAWA

24 SEPTEMBER 2016 M
22 ZULHIJJAH 1437 H

Viral berkenaan dakwaan sambal ikan nasi kerabu segera yang dijual dalam paket dibuat dari daging ular sawa mula bertiup kencang di alam maya.

Lebih memeranjatkan apabila di label produk berkenaan tertera logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT)

Untuk makluman, berdasarkan maklum balas yang diterima oleh kami dari CICOT, produk berkenaan pernah mendapat pensijilan halal dari mereka sejak tahun 2012.

Dinasihatkan supaya elakkan diri

Walau bagaimanapun, kini produk berkenaan bukan lagi pemegang Sijil Halal CICOT. Dan isu ini masih di bawah tindakan mahkamah Negara Thailand atas isu penggunaan logo halal yang telah tamat tempoh.

Justeru, pengguna dinasihatkan agar mengelakkan diri dari menggunakan produk ini sehingga siasatan kes selesai.

Sebarang kemusykilan mengenai viral dan status halal boleh disemak di laman web www.halal.gov.my atau aplikasi telefon pintar myjakim

Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

[email protected]
03-8892 5000/1

#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN 3 S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR

Tak logik

screen-shot-2016-09-26-at-10-24-23-am

Senang ke nak dapat ular sawa?

screen-shot-2016-09-26-at-10-22-48-am

Kalau ragu tinggalkan, guna produk tempatan

screen-shot-2016-09-26-at-10-20-20-am

Berhati-hati memilih makanan

screen-shot-2016-09-26-at-10-17-27-am

Walaubagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan mahkamah negara Thailand atas isu penggunaan logo halal yang tamat tempoh dan bukan kerana menggunakan daging ular sawa. Namun, masyarakat dinasihatkan agar mengelakkan diri daripada menggunakan produk ini buat sementara waktu sehingga kes selesai.

sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×