berita

Dapat 1K Hanya Mengemis Sehari, Masyarakat Harus Bijak Dalam Memberi Derma

June 19th, 2016 | by Ai
Isu & Kontroversi

pengemis main1

Ramadan merupakan bulan yang mulia dan diberikan kelebihan yang banyak berbanding bulan yang lain. Segala amalan yang kita buat dalam bulan ni akan dilipat gandakan pahalanya oleh Allah seperti berpuasa, solat, membaca Quran, bersedekah dan sebagainya.

Biasanya, kalau tiba bulan Ramadan mesti kita tengok banyak orang meminta sedekah atau minta sumbangan derma. Ada yang nak bagi, ada pulak yang ragu. Kali ni, ada yang dakwa pengemis ni sampai boleh dapat sampai RM1000 sehari! Wow, banyak tu!

Hasil siasatan

pengemis

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang, Tuan Said Sidup, pengemis mampu memperoleh hasil mengemis sehingga seribu ringgit sehari. Maklumat tersebut diperolehi oleh pihak mereka di atas hasil siasatan terhadap pengemis yang diselamatkan dalam operasi yang dijalankan jabatan berkenaan di negeri ini.

Perlu bijak dan berhati-hati

pengemis_makassar_by_thoya09876

Beliau menasihatkan orang ramai agar bijak dan berhati-hati sebelum menghulurkan derma untuk mengelak daripada tertipu oleh pengemis sama ada yang mengemis secara individu atau didalangi sindiket.

“Sikap pemurah rakyat Malaysia antara punca utama masalah pengemis berlarutan sehingga kini,” katanya selain menasihati sebelum menderma kerana ada individu yang sememangnya didalangi sindiket.

Soal memberi derma ni sebenarnya subjektif. Kita digalakkan menderma sebab boleh bantu orang yang lebih memerlukan. Tapi kalau dah sampai jadi pekerjaan utama, siap dapat 1k sebulan. Perghhh…memang teruklah! Lagi pulak kalau yang minta derma tu jenis yang boleh bekerja dan berkudrat lagi. Apapun, semuanya atas nilaian dan tafsiran korang sendiri.

Sumber: Vitdaily

SKIP THIS AD ×