berita

Datuk Michelle Yeoh Lakon Semula Watak Tokoh Keamanan, Aung San Suu Kyi

April 17th, 2012 | by M | 8 comments
Kini Trending

Datuk Michelle Yeoh Lakon Semula Watak Tokoh Keamanan, Aung San Suu Kyi

Datuk Michelle Yeoh dijadualkan pulang ke tanah air pada 24 April bagi menghadiri acara promosi filem terbarunya yang berjudul ‘The Lady’ yang berkisarkan perjuangan ketua pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Filem arahan Luc Besson ini lebih menfokuskan kisah peribadi Aung San Suu Kyi yang berhasrat untuk tinggal di bumi Burma demi membela nasib rakyat yang dilanda krisis politik. Beliau menjadi ketua reformasi dengan sokongan daripada seluruh raykat Burma, yang sehingga hari ini masih berjuang bagi mendapatkan kebebasan demokrasi. Suu Kyi, kemudiannya ditahan di bahawa tahanan rumah untuk lebih 10 tahun, turut dianugerahkan Nobel Keamanan. Bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir ke upacara tersebut termasuklah ke upacara kematian suaminya, Michael Aris.

Datuk Michelle Yeoh menyatakan bahawa filem ini mempunyai selingan kisah cinta yang agung dengan berlatar belakangkan krisis politik semasa. Bagi menjiwai watak Suu Kyi, Datuk Michelle Yeoh sanggup terbang ke negara Myanmar untuk menemui sendiri ikon negara tersebut sekitar Jun tahun lalu.

“Apabila saya tiba di sana, saya berasa sangat gementar kerana memikirkan sama ada saya layak melakonkan watak Suu Kyi atau tidak. Apabila Suu Kyi berdiri depan saya, apa yang beliau lakukan adalah membuka tangan dan menerima saya sebagai salah seorang ahli keluarganya,” ujar Datuk Michelle Yeoh mengenai Suu Kyi.

‘The Lady’ akan diedarkan oleh GSC kepada beberapa pawagam terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Penang, Ipoh & Melaka mulai 3 Mei 2012.

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

8 Comments

  1. Staring says:

    Harap2 Zed Zaidi xmarah…hahahaaaa!!

    (0)
  2. Kak ton Jiwa-jiwa says:

    ZED ZAIDI TU mendengki je manjang’….

    (0)
  3. kalai pon-pon says:

    Dia jadi gemok xde plak orang jelezzz…

    (0)
  4. forever21 says:

    apasal yang dengki sangat gan zed zaidi. asik nak troll dia jer. i tak suker tau. i fan zed zaidi

    (0)
  5. Luqman Hakim says:

    hebat Datuk Michelle Yeoh sebab berlakon di negara asing..huhu

    (0)
  6. Pondan Sepi says:

    BANGGA DGN DATUK MICHELE YEOH.
    TP JUJURLAH AKU CKP KALAU MICHELE YEOH NI “ORG MELAYU” DAH TENTU2 DIA X KAN BERADA DI TAHAP SEKARANG.. BESELAH ORG MELAYU KAN SUKA DENGKI! BILA MASUK PASARAN INTERNATIONAL JE MULA LAH ADA YANG CONDEMN!

    (0)
  7. hannah says:

    she looks to thin to carry this character but you the best..

    (0)