Datuk Seri Najib Razak malam tadi bersumpah secara Islam di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini bahawa beliau tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006 di Puncak Alam, Selangor.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata: “Walaupun ini bukan sumpah rasmi yang dibuat atas al-Quran.
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita warga Mongolia Altantuya (Shaariibuu),” katanya pada akhir ucapannya di majlis penyampaian bantuan RM1.4 juta di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini.
[ Artikel asal terbitan Harian Metro Online ]
Najib berkata: “Saya tidak tahu sama ada orang lain nak bersumpah atau tidak,” katanya.
[ Bacaan Berkaitan: Anwar masih tetap dengan pendirian tidak mahu bersumpah ]


1 Respon
Respon dari Pembaca OHBULAN!