berita

Datuk Siti Jelaskan Isu Ambil Anak Mangsa Nahas Duke Sebagi Anak Angkat

May 5th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2015-05-05 at 00.36.53
Dalam akaun Instagram Datuk Siti Nurhaliza, beliau ada repost satu gambar mengenai isu ingin mengambil anak kepada mangsa nahas Duke tempoh hari sebagai anak angkatnya.

Isu timbul apabila ada sebuah blog membangkitkan spekulasi tersebut tanpa mendapat jawapan yang sahih daripada pihak Datuk Siti sendiri.

Kami pun turut terkena tempias dengan kenyataan daripada caption yang ditulis tu. Mana taknya, sebagai blogger bertauliah kami tahu apa yang patut dan apa yang tidak. Cerita yang disampaikan perlulah sahih berdasarkan akaun pemilik itu sendiri.

In shaa Allah, niat saya ingin bertemu kedua anak ini..selebihnya kita serah pada Allah yang Maha Bijaksana & Maha Mengetahui.

Screen Shot 2015-05-05 at 10.06.22

Ceritanya macam ni, ada pengguna facebook memuat naik video anak mangsa yang bernama Nur Firuza Amira. Video yang berdurasi selama 6 saat itu menyatakan bahawa anak mangsa ini ingin bertemu dengan Datuk Siti Nurhaliza.

Jadi video itu mendapat perhatian orang ramai dan wujudlah spekulasi dimana Datuk Siti ingin mengambil mereka sebagai anak angkat. Ia sekali gus memberi kesan kepada niat Datuk Siti.

In shaa Allah, niat saya ingin bertemu kedua anak ini..selebihnya kita serah pada Allah yang Maha Bijaksana& Maha Mengetahui.. by @rozisangdewi“Blogger2 tersayang, adakala kami bimbang dgn tajuk2 berita, cerita2 rekaan meski hanya pada tajuknya, pengisian yang tak tahu betul salahnya dan akhir sekali, pihak Dato’ Siti sendiri dihujani pertanyaan. Saya dah selalu beritahu hal ini, mungkin skrg sudah ramai pembaca blog yg cerdik- tidak hanya membaca tajuk atau tak mempercayai rumours. Dato’ Siti sendiri ada instagram beliau sendiri, jika ada yg hendak dikhabarkan tentulah ada sahihnya dari pihak beliau. Hormati situasi, keadaan, keluarga, orang lain, pekalah saudara saudari. Sensasi tak bawa kita ke mana2, apatah nanti andainya tidak benar. Utk berbuat baik byk caranya.. InshaAllah.@ctdk” via @PhotoRepost_app

Namun, masih ada lagi peminat yang salah anggap dengan niat beliau melalui komen-komen yang diberikan.

Screen Shot 2015-05-05 at 00.26.54

Screen Shot 2015-05-05 at 00.27.46

Screen Shot 2015-05-05 at 00.28.23

Tapi keluarkan kenyataan yang belum ada sahih itu bukan cara kami okay, kami akan keluarkan artikel pasal satu isu berdasarkan apa yang keluar daripada mulut tuan empunya badan itu sendiri.

Jadi,  OHBULAN! faham dengan niat murni Datuk Siti dan kami doakan Datuk Siti agar dipermudahkan segala urusan dan tujuan suci anda.

Ini video durasi 6 saat daripada adik Nur Firuza Amira yang teringin sangat nak jumpa Datuk Siti, kami dari OHBULAN! ucapkan salam takziah buat adik sekeluarga.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×