Dekati Dato Seri Najib Tun Razak Melalui Facebook

Dekati Dato Seri Najib Tun Razak Melalui Facebook

Dikemaskini oleh M pada November 20th, 2009
Celebrity & E-News 50 Respon

cats

Sedikit selingan politik di OHBULAN! Buat julung kali’nya, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak membuka peluang kepada rakyat jelata untuk mendekati’nya melalui Facebook, selepas Twitter. Pada pukul 1.30 pagi (waktu Malaysia), kami berupaya melihat sokongan yang tidak terhingga buat PM tersayang di www.facebook.com/najibrazak, dimana peminat’nya bertambah lebih dari 2 kali ganda, dari 6287 kepada 13913.

Kami yakin, rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk berinteraksi dengan PM di Facebook. Berikan sahaja apa idea atau pun kritikan yang bernas buat PM, tapi jangan sampai anda dikuasai emosi pula ya!

Percaya’lah, trend Facebook ini akan menjadi ikutan wakil rakyat pula. Lebih efisyen, andai kata setiap wakil rakyat dibekalkan Blackberry, 24/7 wakil rakyat ini akan kekal online untuk rakyat. Baru’lah kena dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’

Blog Widget by LinkWithin

50 Respon

Respon dari Pembaca OHBULAN!

  1. ni semua penangan artikel dlm paper(PM ada FB).semua org serbu nak add.tu yg bertambah 2 kali ganda.at least,senang nak interact…org yg nak menulisnya mmg ramai.tp diharapkan PM kita or PA beliau larat utk membaca semua komen2 penulis FB…=)
    rakyat mesti didahulukan!!=)

    Respon kepada dyana
  2. leman anak hassan November 20, 2009, 2:24 am

    ade akuuuu kesahhh???
    cak cak cak…

    Respon kepada leman anak hassan
  3. mmg kool slogan dia..”rakyat didahulukan”…sbb cam Malaysian F1 team…atuk aku kat hulu yam tuh and the gang mmg beria-ria nak sgt malaysia nie ader pasukan F1 sendirik…so Mr Najib,gue tabik same lorh…mmg betul-betul rakyat didahulukan lar….tabik spring….

    Respon kepada futurelawyer7
  4. Terima Kasih Dato Seri Najib Kerana Menyelamatkan UMNO.. Hidup Najib Dan Mahathir…

    Respon kepada John Morrison
  5. kami akan senantiasa menyokong anda selagi benda baik yang dibuat. keep up the good work.

    Respon kepada funaki
  6. Terima Kasih Dato Seri kerana ingin mendengar luahan rakyat yg hina ini, saya menyokong kerajaan selama 28 tahun tetapi saya tidak mendapat apa-apa kemudahan pun dari kerajaan, YB, JKKK yg di lantik semuanya tak boleh diharap. kalau boleh Dato Seri pandang-pandanglah orang-orang dibawah Dato Seri, kekadang YB & JKKK lebih berlagak dari PM. (org2 macam inilah yg membuat rakyat hilang kepercayaan kepada pemerintah.Terima kasih banyak-banyak kalau Dato Seri membaca luahan hati saya ini. *”Please make sure do someting about it”.

    Respon kepada khariza khalid
  7. antialimkucings November 20, 2009, 11:31 am

    saya fan altantuya

    Respon kepada antialimkucings
  8. Rakyat didahulukan tpi yg kecil jangan mimpi dapat apa2 krn itu hanyalah slogan

    Respon kepada RangMuna
  9. Yg trpilih dari rakyat untuk rakyat itulah wakil rakyat yg mendahulukan rakyat

    Respon kepada RangMuna
  10. harap dia tak sibuk search profile mongolian

    Respon kepada Budin
  11. hehehehe..pe la ko ni budin.
    sensor la sikit
    nasib baik bini dia xwat skali fb
    aku la org pertama xnk add dia

    Respon kepada bushuk2
  12. selagi kita tak bekerja.tak ade duit. ade org kesah kita tak ada makan pakai?
    tggu masuk TV kea baru org nampak kita.ade dia kesah isi hati kita?
    rakyat d dahulukan…tapi wakil rakyat yg bedal dulu..berape kerat sgt yg betul2 amanah?

    Respon kepada keladi
    • wahai rakyat jelata.. kalau ada orang susah nak makan, merempat, nak biasiswa, bisnes lingkup, installment rumah kereta sangkut, bankrupt dan lain2 lagi, hantarkan saja aduan berserta gambar ipd PM. Insyaallah saya tolong.. hubungi segera PA saya Mat Ngantuk melalui email Mat @Ngantuk.com

      Respon kepada Najib Shaaribu
  13. sebenarnya tok najib nak buat koleksi gambar rakyat jelata…mana tau ada yg cun boleh lah ganti rosmah nanti….

    Respon kepada Jerangkong
    • laa tak berani la aku nak komen.setakat artis tu berani la aku kutuk.tapi ni pertanyaan ikhlas ni…siapa pemimpin or politician yg paling x kaya dlm malaysia ni..aku nak sangat tau.nak sgt add dia.terimakasih…

      Respon kepada makngah
  14. Saya pengundi setia Umno dari dulu lagi dan saya ingin meluahkan masaalah kampung saya di Tanjung Karang ( Kmpug Dato Adam ) terlalu bermasaalah wakil cawangan di sana kuat rasuah. Peruntukan x sampai kat raayat , rumah makin besar , dan jadi sarang pendatang haram dan barang seludup yg pelik x pernah di siasat oleh pihak dato noh omar , saya yg sekali -sekali balik kmpung pun nampak terang -terang berlaku didepan mata , kasihan org kampung bertambah miskin dia bertambah kaya , pls give respon.

    Respon kepada Awa Katan
  15. nk add dia jadi nebor farmville…hehehe

    Respon kepada cekelat
  16. sape sape pun nak gak test …..
    populer ke atau x ….
    so ranking mencanak

    Respon kepada issawak
  17. tak yah lah nak nagih simpati….aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada. janji rezeki aku halal dan d berkati Allah Taala. kalau YB yg d lantik tak menjalankan amanahnya dgn ikhlas pasti ada balasannya. Allah bayar CASH cuma lambat dengan cepat jea.bak contoh dah mati barulah sibuk nk bagi pangkat itu ini pada seseorg.buat apa semua tu? pangkat Datuk ke Tan Sri kea semua tu skrg kata org boleh di beli tapi hati yang mulia dan budi yg baik sukar dicari.walaupon tak sesenang yang diimpikan namun hidup tetap bahagia…. sekadar yang mampu.aku rasa tandas rumah org kaya nie lebeh cantik dan mewah dr rumah aku.tp aku tetap bahagia.RumahKu SyurgaKu

    Respon kepada ulatpisang
  18. Bila Oh Bulan Leh Kuarkan Artikel tentang KES SEBAT KARTIKA hari tu eh..? nampaknya Kes Ni Macam dah Kena Zip..Senyap je semua orang..

    Respon kepada fahmi
  19. Facebook milik yahudi, yg si najib ni buka fb kenapa????? belum rasa lagi penangan yahudi….Lagi pun orang kampung bukannya tau apa2 pasal fb….^_^

    Respon kepada Lia
    • ekau takde fb? frenster? myspace? internet pun ciptaan yahudi kaw!

      Respon kepada ami
      • takde fb, takde friendster & takde myspace hanya internet. Dan kalau ko tu tau sangat siapa yg cipta internet. Sila org pandai….jelaskan dengan terperinci. ^_^

        Respon kepada Lia
        • BACALAH…KAMU KAN PANDAI..BUKAN ORG KAMPUNG
          -http://en.wikipedia.org/wiki/Tim_Berners-Lee- (Pencipta Internet)
          -http://en.wikipedia.org/wiki/Matt_Mullenweg- (Yang ni lak pencipta blog yang kamu sll pkai n baca ni)

          YANG NI LAK SENARAI PRODUK YAHUDI. TGK LA KALU KAMU DA PAKAI TAK..
          -http://akutaipkaubaca.blogspot.com/2009/01/apa-sumbangan-kita-kepada-saudara-kita.html-

          PTUIHHH! DASAR MELEIS BERLAGAK TAK SERUPA BIKIN. AKU TAK SOKONG YAHUDI TAPI TAKPAYAH LA KUAR STATEMENT BERLAGAK. TEKNOLOGI PON CIPTAAN YAHUDI.

          p/s: even the name Lia is a Jewish name,mind u

          Respon kepada ami
  20. ami jamban!!! yang ko berapi sangat sokong & pertahankan isu yahudi ni apasal???? Lagi pun mana bukti mereka ni berdarah YAHUDI?????? Kalau dorang ni yahudi pun bagi bukti mereka ada ikut persatuan yang menyumbang wang untuk tentera israel seperti pemilik facebook tu!!!! Untuk kepala otak ko yang beku tu, bila sekali ko klik iklan difacebook, si pemilik facebook akan mendapat 50 sen duit Amerika, kalau ko suka sangat dengan yahudi ko klik la 50 kali ka @ beratus2 kali, dapat la dosa free bila si pemilik ni bagi bantuan kewangan untuk tentera israel ^_^….

    p/s: bagi bukti nama lia milik jew……(Heran ya , macam semua ko tau, entah2 ada darah yahudi dlm badan ko tu!!!!!)

    Respon kepada Lia
    • Wahai Lia. Bila awak kata Perdana Menteri kita sibuk tentang fb padahal ia milik Yahudi, pasti anda tidak merasa apa-apa.Malah saya pasti anda rasa kedudukan anda jauh lebih baik dari kedudukan seorang Perdana Menteri. Tetapi apabila dikatakan anda juga menyokong produk Yahudi, kenapa nak marah pulak? Sehingga sanggup memanggil saudara se Islam anda jamban? Pandanglah dengan mata hati siapa sebenarnya musuh anda. Adakah Datuk Seri Najib? atau Ami? Bukankah mereka itu orang Islam yang seagama dengan anda? Renung-renungkan….

      Respon kepada serina
  21. Assalamualaikum

    terlebih dahulu diucapkan tahniah kpd Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana berjaya mengembalikan martabat dan kedaulatan malaysia di persada dunia dan yang paling penting kerana berjaya memulihkan keamanan di Malaysia di samping memastikan aspek keselamatan terjamin.

    saya ingin merayu pertolongan dato’ seri agar merenung sebentar ke arah masalah yang dihadapi masyarakat biasa seperti kami. walaupun masalah ini amat remeh pada pandangan dato’ seri, tapi amat membebankan dan menekan hidup kami.

    saya memohon agar dato’ seri dpt campur tangan dan menarik balik larangan penjualan harta oleh golongan yang blacklisted oleh pihak bank sedangkan kami masih tidak diisytiharkan muflis/bankruptcy. Saya terpaksa menjual rumah yang diduduki sekarang atas dasar ketidakmampuan untuk membayar bayaran bulanan tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian kerana pihak bank menyuruh saya selesaikan dahulu hutang lama (kereta yang ditarik pada tahun 2006 kerana tak mampu bayar).

    Bayangkan mana lah saya nak carik duit untuk selesaikan bayaran kereta tersebut sedangkan saya berhasrat duit jualan rumah ini lah yang akan saya gunakan untuk menyelesaikan hutang lama dan membersihkan nama saya dari blaklisted
    .
    Akhirnya masalah ini telah berlarutan selama lebih dari setahun, dan yang paling saya takut kan ialah ketidakmampuan saya membayar bayaran rumah akan menyebab kan rumah saya pulak akan dilelong oleh pihak bank. Masalah masih tidak selesai malah bebanan akan berganda.

    Respon kepada Ezrin
  22. Assalamualaikum

    terlebih dahulu diucapkan tahniah kpd Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana berjaya mengembalikan martabat dan kedaulatan malaysia di persada dunia dan yang paling penting kerana berjaya memulihkan keamanan di Malaysia di samping memastikan aspek keselamatan terjamin.

    saya ingin merayu pertolongan dato’ seri agar merenung sebentar ke arah masalah yang dihadapi masyarakat biasa seperti kami. walaupun masalah ini amat remeh pada pandangan dato’ seri, tapi amat membebankan dan menekan hidup kami.

    saya memohon agar dato’ seri dpt campur tangan dan menarik balik larangan penjualan harta oleh golongan yang blacklisted oleh pihak bank sedangkan kami masih tidak diisytiharkan muflis/bankruptcy. Saya terpaksa menjual rumah yang diduduki sekarang atas dasar ketidakmampuan untuk membayar bayaran bulanan tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian kerana pihak bank menyuruh saya selesaikan dahulu hutang lama (kereta yang ditarik pada tahun 2006 kerana tak mampu bayar).

    Bayangkan mana lah saya nak carik duit untuk selesaikan bayaran kereta tersebut sedangkan saya berhasrat duit jualan rumah ini lah yang akan saya gunakan untuk menyelesaikan hutang lama dan membersihkan nama saya dari blaklisted
    .
    Akhirnya masalah ini telah berlarutan selama lebih dari setahun, dan yang paling saya takut kan ialah ketidakmampuan saya membayar bayaran rumah akan menyebab kan rumah saya pulak akan dilelong oleh pihak bank. Masalah masih tidak selesai malah bebanan akan berganda. Saya dah tak tau nak mengadu pada siapa.

    Respon kepada Ezrin
  23. hidup UMNO…. Tahniah kpd PM kita..Dato Najib yg telah merasmikan klinik 1 Malaysia kt kg Kerinchi…
    Ini amat memudahkn org ramai…. tanks a lot…

    Respon kepada yana
    • aduh cik yana puji habis ni,,,,,bilo nak buat kajian?tk bnyak sikit pun jadi ler.
      u tahuke tak Klinik 1Malaysia banyak mana org yg sukanya?kalau saya rasa hak dok benci dan meluat macam nak muntah bukan nya org lain,,,rasanya2 staff KKM sendiri terutamanya Dr/Jururawat/staff lain dan rasa nya yg paling suka sekali org PATI(indo,bangla,myamar,vietnam,kemboja dan lain-lain).
      Kita Rakyat Malaysia dah tau Klinik 1Malaysia ni,indah nama pada rupanya,,kalu setakat ni saya dok g dah bertahun ulang alik HOspital atau Klinik tak dot bezanya,semakin teruk lagi ada…..kalu tak percaya p ler u tanya Dr atau Jururawat yg dok tugas situ.
      Depa Staff ni bukan bertahun dok p pagi balik petang/malam nak tengok perubahan pada nama jahnya….hak lain lain banyak lagi tak nyo cara…..sibuk-sibuk nak cari point pasal politik…patutnya nya lepasa mengundi 5 tahun masa utk buat kerja mana hak tak beres,.bukan hari-hari kerja mau beres pasal politik jah!
      Depa Staff ni dah lama(bertahun) jadi Klinik 1Malaysia hari dok sibuk tolong org hak datang k klinik,, hak pakat marinya Melayu,cina ,india dan lainlain bangsa.Depa ni lebih pada WakilRakyat dok kerja hari-hari jumpa pesakit(beratus ler bos)kalu u nak tau DR dok wat kerja dr pagi sampai petang tu nak MAKAN pagi/tengahri pun susah-buleh jadi gilo.Kalu WakilRakyat? baru buat Hari Berjumpa Rakyat satu hari pun dah Riuh macam ayam telor satu Negeri/Negara.
      kalau ler awak tak caya p lah tanya….saya rasa dan bukan nak kata (95%)org perubatan tak sokong org2 Kerajaan(KKM) loni….terutamanya DR.depa dari belajar susah sampai kerja pun jadi susah juga…hari-2 kena zalimi,diperbodohkan,mana ler nak tahan lama-lama.Tu ler kalau wak nak tau Malaysia loni kritikal tak cukup DR! sampai HARI KIAMAT pun tak akan cukup,kalu lah masih ada kerja zalim pada depa lagi.Depa ni kalu dah makan hati tak cakap banyak notis 24jam bukan nya susah…kat luar melimpah lagi peluang,,,pahtu dapat bulan-bulan pun jauh mata memandang.U p ler kat Puterajaya-KKM tanya betui ke setiap bulan loni ada saja DR kita berhenti kerja….kalau tak pcaya!.Bertapa teruknya nya Kerajaan kita Loni,,,,sepatutnya org cerdik Macamni ler wajar di jaga..baru ler Rakyat percaya.
      Apa MAKNAnya- JUARA RAKYAT, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN,WAKIL RAKYAT,SUARA RAKYAT,ADUAN RAKYAT DAN ? ??.
      —-indahnya nama pada sebutan dari perbuatan–
      Klinik 1 Malaysia indah pada nama jangan jadi bencana…perindahkan dulu dalamannya(pengurusan,perumahaan(rumah doktor KL tak sampai 1000kakipersegi/KosRendah),kebajikan,keselamatan,kesihatan,pendidikan,gaji,pangkat dan banyak lagi Kerajaan dok di abaikan.

      ANDA FIKIR_FIKIRKAN,,,,,

      Terimakasih
      drp SuaraRakyat

      Respon kepada DrMas
  24. Tahniah! Datuk Seri atas Juara Rakyat di Bukit Beruntung. Saya mendoakan ketabahan dan kebijaksanaan Datuk Seri untuk membina semula kerapuhan yang timbul. Semoga kita semua hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera di bumi Malaysia yang bertuah ini. Satu rasa, satu cita, satu suara. Hidup Satu Malaysia.

    Respon kepada serina
  25. assalamualaikum…………Tahniah atas kebijaksanaan Datuk Najib dalam semua aspek………….
    k……..lah wassalam…

    Respon kepada nurul
  26. Thanks Datuk Seri for your most futuristic ideas and aspiring thinking for the shake of Malaysian citizen regardless of their ethnic origin found in the country. The long awaited slogan has brought us to a new understanding to be more convincing on the struggles of survivability.

    Well, its too good to be true, as a Sarawakian the feeling of unhappy over the latest incident just because I’m not West Malaysian was not selected for the offshore job at Kelantan offshore site. The word stated ” for West Malaysian only”.

    Datuk Seri, tolong tengok2 lah kami orang Sarawak ini yang inginkan rezeki yang ada dibumi bertuah Malaysia ini sama-sama di nikmati. Sebenarnya, sebuah syarikat pengambilan kerja di Kuala Lumpur baru baru ini telah menawarkan kerja pada saya. Segala urusan dokumentasi termasok penerbangan dari Sarawak, Kuala Lumpur dan Kelantan dah di urus, tiba-tiba saya terima email memberi tahu ” for West Malaysian only” Jika alasannya ” you are not qualified for the job” itu aku terima..sebab aku ini dah pernah di North sea, Qatar, Gulf of Mexico, Afrika, Batam Indonesia…apa lagi alasannya. Salahkah saya mencari makan di negara sendiri…Apa beza orang Sarawak dengan orang Semananjung? Perasaan 1Malaysia kini terasa pudar, perasangka warganegara kelas kedua ada. Orang Semananjung Kelas pertama!.

    Thank you.

    Orang Asal Limbang Sarawak.

    Respon kepada Uncle Gene
  27. saya nak suruh datuk seri pm membuat satu stesen komuter kuis dkt bandar seri putra kerana menyusahkan pelajar kuis kerana terpaksa pergi ke stesen komuter bangi lama.dan ini menyebabkan pelajar kuis terpaksa membayar tambang prebet sapu dengan caj yang mahal..saya tahu datuk seri mengutamakan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan…

    Respon kepada Saiful
  28. Assalamualaikum,

    Terlebih dahulu diucapkan tahniah kpd Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana berjaya mengembalikan martabat dan kedaulatan Malaysia di persada Dunia dan Rakyat. Yang paling penting kerana berjaya memulihkan keamanan di Malaysia di samping memastikan aspek keselamatan terjamin dan dapat melancar program-2 Juara Rakyat,Suara Rakyat,Rakyat DiDahulukan Pencapaian Diutamakan dan banyak lagi.
    Harapan agar semoga Program ini tidak tinggal nama saja….(Indah Nama Pada Rupanya)

    Saya ingin merayu pertolongan Dato’ seri agar merenung dan Ingatkan ALLAH yg masa ESA ke arah masalah yang dihadapi kakitangan Dato Seri sendiri iaitu DR-DR di Hospital dan Klinik-Klinik Kerjaaan dan masyarakat biasa yang terlibat. Walaupun masalah ini telah di pandang amat remeh dah bertahun lamanya oleh KKM munkin tanpa pengetahuan Dato’ Seri, tapi ia amat membebankan menekan,mezalimi,menyusahkan hidup kami dan rakyat Malaysia.
    Kenapa terlepas pandang bertahun lamanya bagi Dato Seri?adakah Dato Seri telah di tipu dengan maklumat-maklumat yang indah-indah belaka dr orang yg di lantik sendiri oleh DatoSeri atau sebaliknya ingin melihat kita ini berterusan di ZALIMI….untuk menunggu masa yg sesuai.
    Di sini tak salah saya ingatkan….di PARLIMEN telah di bincangan dan WAKIL_WAKIL RAKYAT dari Kumpulan DATOSERI telah tahu dan meyatakan rasa takpuasan mereka kerana ia telah melibatkan kakitangan kerajaan(beri masalah besar pd DR sendiri dan sekaligus boleh menyusahkan Rakyat Jelata.
    Saya amat berterima kasih banyak pada DatoSeri kerana tak segan silu berpeluh ke sana ke mari terutama boleh ke STESEN PUDURAYA,ke JLN PETALING STREET,ke KGBARU KLANG,ke BUKIT BERUTUNG lancarkan JUARA RAKYAT dan ke serata NEGERI melancarkan berbagai program,,,tapi alangkah sedihnya kami GAJAH SAKIT didepa mata tak di nampaknya oleh DatoSeri.
    Kalau tak silap saya Siri penjelajahan DatoSeri yang terbaru tanpa di sedari iaitu ke UIA GOMBAK yg mana ianya perkara penting bg DatoSeri.
    Saya memohon agar DatoSeri mberi sedikit perhatian kpada kami dan Keluarga berkenaan kerja dan kehidupan kami seharian.jangan kami ni di zalimi dengan perumahan,kebajikan kerja dan amalan kerja yang teruk dan tak mengcukupi….contohnya terpaksa tinggal di rumah Kerajaan yang masih tak berkipas,bilik yg sempit 8′*7′,ruang dapur kecil 3′*5′ …daripada rumah PEMBANTU AM RENDAH,tiada tempat sidaian kain,air yg berkarat,parking yg tak cukup dan tak berbumbung,tahap keselamatan gagal..tak berpintu dibahagian belakang rumah dan lain-lain masalah. Kami terpaksalah duduki rumah ini sekarang kerana itu saja yang ada dan apa yg telah di sediakan oleh Hospital(KKM) bertahun lamanya amat melucukan dan rasa dperbodohkan kerana tak ada kah lagi perancangan perumahan yg lebih baik akan buat…..sedangkan projek-projek MEGA di HOSPITAL rancak berjalan menelan kos.(RM berjuta-juta utk projek buat tempat parking boleh pula).Rasanya dari bulan ke tahun aduan di buat dan surat pun dah di tulis tapi KP,P,TPP buat tau-tau saja(kalau tak nak kerja baik berhenti saja),dah penat dan berbuih menunggu.
    Dato Seri bertapa malu nya saya pada Keluarga,kawan,saudara mara yang datang bertandang keru rumah,tanya mereka ini kah rumah KERAJAAN yang di sediakan pada KAMU?Bayangkanlah,kata mereka kelas rumah kamu takkanlah lebih teruk lagi dari rumah yg kita boleh nampak di tepi jalan depan JPJ Wangsa Maju(dlm Kem Wendinburn) dan rata-rata kita boleh bandingkan dengan kuarters-2 lain.Inikan pula hari-hari ke ofis terpaksa meredah jalan yg sesak-ke pusat bandarraya KL.
    Kami juga berharap agar satu sistem pengurusan yang secekapnya untuk menangani pesakit dari warga asing terutama mereka-mereka ini terdiri dari PATI(pendatang tanpa izin-tak sah)BANGLA,MAYAMAR,INDO dan lain2 dapat bermaharajalela sesuka hati lebih layanan dari Rakyat Malaysia untuk mendapat rawatan d Hospital tanpa di periksa. HKL menjadi tumpuannnya.

    Dan kami juga berharap sangat pada Dato Seri agar dapat melakukan perkara yg tak di duga sebagaimana siri penjelajahan yg telah di laksanakan oleh DatoSeri bagi menjamin keberkesananya supaya penantian kami ini tidak akan bertambah Tahunnya.

    Saya berdoa dgn satu harapan yg amat besar dan ianya mungkin menjadi satu sinar pentadbiran untuk kami dan Dato Seri sekiranya perkara ini dapat menjadi salah satu projek ikhlas Juara Rakyat untuk berjaya di DUNIA dan di AKHIRAT.

    Sekian Terimakasih
    drp DrMsia
    Kuala Lumpur

    Respon kepada DrMsia

Beri Respon Anda

Sertakan nama, email dan url ada jika ada!

Arkib

Anda sedang membaca entri Dekati Dato Seri Najib Tun Razak Melalui Facebook.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • grey: achik ni nakal lah
  • grey: blog dia sendiri dh menarik. die berkarya merata2 utk promo je kot
  • grey: aduh timah. frust la gini. terpaksa imagine walaupun xde clue. merajuk lah dgn timah. tp best la timah dpt tgk...
  • grey: tp naik motor boleh amek angin. nk jalan kaki penat. org2 yg ade kereta smua kedekut, suke lepak ngan kwn2...
  • grey: hahaha i like. both of u
  • grey: khayraz suke, so jd x kisah. khayraz x suke, khayraz kisah. benci khayraz
  • wootwoot: iskandar shah.pilot. memang boyfriend Lisa pun. sampai sekarang. pandai tak dia cover line sekarang.? yang...
  • bdk temerloh: erm tol 2 daniel mzti dieorg dengki ngn dato’ ct
  • bdk temerloh: erm korg nie ishhhhhh3x pe2pun mmg album Lentera Timur nie mmg bez..dr segi kualiti suara,string n...
  • Mr N: Pegi Beutifulnara @ Sensasi Selebriti..lagi Ber Baloi2. Mr M ni byk CEDOK
Improve the web with Nofollow Reciprocity.