berita

Demam, Batuk Bukan Kecemasan – Doktor Perjelas Larangan Ke Klinik Pada Waktu Malam Jika Tidak Tenat

April 2nd, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

nurse header

Kerjaya sebagai seorang jururawat bukan sahaja mencabar mental dan fizikal malah menuntut mereka untuk memberikan perhatian yang sepenuhnya dalam merawat pesakit. Pesakit pula bermacam ragam dan karenah, kalau tak sabar memang boleh give up.

Baru-baru ini, seorang pengguna facebook telah memuatnaik satu status yang musykil dengan undang-undang baru di Klinik Kesihatan Endau yang melarang pesakit demam, batuk, selsema dan pening kepala ke klinik pada waktu kecemasan.

Kalau demam, batuk, selsema & pening kepala tengah malam jangan datang sebab bukan kecemasan!

12670730_10153523792947108_754893119717255218_n

Berikutan itu, Doktor Sharan Kaur telah memuatnaik satu status untuk menerangkan kenapa isu ini timbul.

Klinik dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang untuk kes biasa. Pukul 5 petang ke atas untuk kecemasan.

1. KK buka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Pada waktu ini, kes-kes bukan kecemasan seperti batuk, selesema, sakit tekak, sakit kepala, sakit perut, cirit-birit, putus urat kentut dan sbgainya akan dilihat oleh doktor ataupun Penolong Pegawai Perubatan (PPP). Selepas pukul 5 petang, ada PPP dan juga doktor on call. Tetapi ini hanya untuk kes-kes kecemasan seperti kemalangan jalan raya, nak bersalin, angin ahmar, sawan, pengsan, dan penyakit-penyakit lain yang boleh memudaratkan keadaan pesakit.

Pegawai on-call bertugas dari pagi sehingga lewat petang. Juga memerlukan rehat.

2. Pegawai yang on call itu bukan sahaja bertugas selepas pukul 5 petang. Mereka juga bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang seperti anggota yang lain. KK Endau ini memang ramai pesakit semasa waktu pejabat. Kebanyakan masanya tidak tutup pun pukul 5ptg. Pegawai yang ditugaskan kadang-kadang bekerja sampai pukul 6 ptg pun ada. Oleh itu, bayangkanlah kalau semua kes pun diterima pada waktu on-call. PPP terpaksalah bangun kejap-kejap untuk melayan kes yang remeh-temeh. Mereka ini perlu bertugas balik esok pada pukul 8 pagi. Anggota kesihatan pun manusia juga. Kami juga memerlukan rehat.

Kes bukan kecemasan boleh pergi klinik swasta jika tidak memudaratkan.

3. Sepatutnya kes-kes bukan kecemasan boleh pergi ke klinik swasta ataupun beli ubat dari farmasi ataupun pergi ke KK pada waktu pejabat. Jabatan kecemasan di hospital bukan untuk kes-kes ini. Sebab itu jika anda pergi ke Jabatan Kecemasan dengan masalah bukan kecemasan, anda mungkin akan dilayan lambat. Ini kerana pesakit-pesakit yang lebih parah akan dilayan terlebih dahulu. Jika masalah anda dikategorikan sebagai kecemasan oleh pegawai di triage (kaunter depan) anda akan dilayan lebih cepat. Menunggu itu bagus. Ia menandakan penyakit anda tidak memudaratkan.

Kalau tidak mahu keluarkan duit ke klinik swasta boleh tunggu keesokan pagi untuk rawatan.

4. Kami rakyat Malaysia dah manja sangat dengan sistem kesihatan sebab bayar RM1 dan boleh dapatkan perkhidmatan dan ubat-ubatan pelbagai jenis. Tolong jangan menyalahgunakan sistem ini. Kalau bukan kecemasan dan tidak mahu mengeluarkan duit untuk ke swasta atau ke farmasi, boleh tunggu sampai keesokkan harinya apabila KK dah buka. Tapi kalau memang kecemasan, datang je lah, anda akan dilayan dengan terbaik. Kami sedia membantu.

Aduan boleh dibuat secara rasmi, bukan melalui media sosial.

5. Kalau tidak puas hati dengan layanan kami, anda boleh membuat aduan secara rasmi dan kami akan menyiasat lebih lanjut. Tidak guna pun viralkan kat media sosial. Cuma nampak seperti anda adalah orang yang kurang matang pemikirannya.

5. Oh..dan lagi satu, undang-undang dalam gambar ini bukan baru ya. Ianya sudah lama dikeluarkan. Harap maklum.

Sekian penerangan saya. Terima kasih kerana membaca.

Sumber : Sharan Kaur

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×