berita

“Dia Pergi Dalam Keadaan Tak Tahu Saya Mengandung!” – Luahan Bakal Ibu Kematian Suami

February 12th, 2016 | by Ai
Kini Trending

suami anis naziha main

Berat ujian wanita bernama Anis Naziha ini apabila anak yang dikandung bakal lahir bulan hadapan tanpa bapanya di sisi.

Suami Anis, Nik Norul Hidayat Nik Mustafa maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan lalu dihimpit kenderaan lain ketika dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 9 Julai tahun lalu.

“Menghadapi Kehilangan Orang Yang Rapat Dengan Kita Bukanlah Mudah,”

anis naziha

Luah Anis, suaminya pegi dalam keadaan tidak tahu tentang perihal dirinya yang berbadan dua.

Dia pergi dalam keadaan tidak tahu saya mengandung, saya sendiri pun tidak sedar yang saya mengandung sehinggalah rakan menasihati saya untuk lakukan pemeriksaan (selepas pemergian suami)

Bukan mudah nak hadapi kehilangan orang yang rapat dengan kita, tapi saya harus terus kuat mengharungi hari mendatang.” Katanya menguatkan semangat demi anak mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.

Terlupa Suruh Hati-Hati…!

suami anis naziha

Siapa sangka, lima hari sebelum kemalangan tragis itu berlaku, wanita yang bekerja sebagai guru ini bermimpi suaminya meninggal dunia akibat kemalangan dan orang ramai datang melakukan solat jenazah ke atasnya.

Menganggap ia sekadar mimpi biasa, ternyata mimpi itu merupakan petunjuk kepada Anis bahawa suaminya akan meninggalkannya buat selama-lamanya!

Pada kebiasaannya, sebelum arwah ke tempat kerja, saya akan selalu berpesan kepadanya supaya dia berhati-hati. Saya tidak pernah terlupa berpesan tentang hal yang sama.

Dan ditakdirkan ALLAH, pada hari itu (hari kemalangan) saya terlupa beri pesanan itu kepadanya.

“Dia minta nasi beriani kambing untuk buka puasa…”

Anis juga sempat meluahkan rasa terkilannya apabila hajat suaminya untuk menjamah nasi beriani kambing yang dibeli untuk berbuka puasa bersama tidak kesampaian.

Semoga roh suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Kami doakan agar Anis terus tabah menghadapi dugaan hidup dan urusan untuk melahirkan anak kelak dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×