berita

Diacu Parang Depan Rumah, Noryn Aziz & Eja Kerugian Berpuluh Ribu Kena Rompak!

August 8th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

imageResize.ashx

Nampaknya, makin menjadi-jadi kes jenayah di Malaysia. Perompak sekarang ni bukan tahu menilai erti nyawa seseorang. Aih! Takut pula bila baca pengalaman Noryn Aziz ni.

Menurut Noryn, kejadian yang berlaku di hadapan rumahnya di Damansara Heights malam kelmarin melibatkan tiga orang rakannya termasuk pelakon Eja Saifuddin.

Menerusi laporan myMetro lagi, insiden rompakan didalangi beberapa orang lelaki itu telah membabitkan kerugian yang dianggarkan berjumlah RM30,000.

siti-shahrizahEja turut menjadi mangsa rompakan

“Saya sudah masuk ke dalam (rumah) apabila tiba-tiba dengar jeritan Allahuakbar. Saya sangkakan kemalangan di depan rumah. Saya keluar rumah dan tengok kawan-kawan dikepung beberapa lelaki sedang mengacukan parang kepada mereka.

Bayangkan ketika kita buat majlis, mereka (perompak) berani buat perangai. Sebaik saya masuk rumah, tiba-tiba dengar jeritan dan bila jenguk luar, beg tangan dan barang-barang kawan-kawan saya sudah dirampas.

Memang panik dan huru-hara jadinya. Mereka (kawan-kawan) semua meluru masuk semula ke dalam dan kami kunci pintu. Rupa-rupanya perompak itu sempat ikut dan gegar pintu rumah. Bila dah makin kecoh, mereka semua sempat lari.”

Noryn turut memberitahu insiden tersebut berlaku sekitar jam 9.30 malam semasa tiga orang sahabatnya itu sedang berbual di depan pagar rumahnya sebelum berangkat pulang.

Jadi selepas ini, kita semua kenalah ambil langkah lebih berhati-hati. Harus sentiasa alert dengan persekitaran kerana perompak-perompak ini hanya tunggu peluang sahaja untuk memulakan kegiatan mereka. Ingat ya!

P/S: Elakkan juga bawa barangan berharga terlalu banyak dalam beg tangan.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×