berita

Diana Rafar Sah Bercerai Dengan Zamarul Hisham

March 2nd, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-03-02 at 11.15.03 AM

Akhirnya, teka-teki mengenai pergolakan rumahtangga antara Zamarul Hisham dan Diana Rafar terjawab apabila Zamarul tampil membuat pengakuan bahawa pasangan ini telah sah bercerai pada 15 Januari lalu.

Melalui laporan BH Plus, Zamarul menyifatkan perceraiannya dengan Diana sebagai satu cara untuk muhasabah diri.

Manakala, melalui akhbar yang sama, Diana berkata tidak ada sedikitpun dendam terhadap bekas suaminya.

Diana Jalani Kehidupan Seperti Biasa

Screen Shot 2015-03-02 at 11.14.30 AM

Pasti ramai yang nak tahu bagaimana agaknya Diana menempuhi kehidupan sebagai ibu tunggal sepanjang tempuh perceraiannya kan? Ini kata Diana :

Saya menjalani kehidupan macam biasa. Rutin harian menjaga anak, perniagaan dan karier sebagai anak seni berjalan seperti selalu. Terlalu banyak yang saya pelajari atas perpisahan ini. Mungkin ada rahmat di sebalik dugaan perpisahan ni berlaku.

Saya dan Zamarul tak pernah bermusuh apatah lagi berdendam antara kami. Sebenar tak perlu untuk saya jelaskan sebab bagi saya masalah antara kami terlalu peribadi dan rahsia saya dan Zamarul.

Zamarul Masih Berharap

Screen Shot 2015-03-02 at 11.17.18 AM

Hmm, siapa tak sayang orang yang pernah bertakhta dihati kan? Kalau korang nak tahu, Zamarul sendiri mengaku dia masih mahu membina semula rumahtangga mereka.

Saya tak melihat rumahtangga kami ini di tahap sudah melalui kegagalan. Ia bagi saya ibarat ujian untuk masing-masing belajar mengenai kesilapan. Saya mengaku ada buat silap. Macam saya cakap tadi, semua ini ada hikmah tersendiri.

Ia barangkali menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan saya dengan dia serta anak kami. Barangkali juga untuk menjadikan kehidupan kami sebagai suami isteri lebih indah lagi selepas ini tanpa perlu ada isu yang tidak patut wujud.

Jika jodoh kami kuat dan dipanjangkan semula, Insya-Allah. Ini perkahwinan kedua saya selepas kegagalan perkahwinan pertama.

Screen Shot 2015-03-02 at 11.16.54 AM

Itulah jawapan paling ikhlas dari seorang lelaki yang bergelar bekas suami. Untuk pengetahuan, pasangan ini diijabkabulkan pada 16 Mei 2009 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selepas lapan tahun bercinta.

Kami di OHBULAN! mendoakan yang terbaik buat Zamarul dan Diana.

SKIP THIS AD ×