berita

Diet Atkins Tidak Seimbang, Tidak Sihat Dan Berbahaya? Wanita Ini Beri 4 Sebab…

April 18th, 2016 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

atkins-diet header

Tahu tak apa itu diet atkins? Secara ringkasnya diet yang mana makanan tinggi karbohidrat akan diganti dengan makanan tinggi protein dan lemak. Kebiasaannya orang yang obses untuk kurus mengikut diet atkins ini akan mengambil banyak protein tetapi tidak mengambil langsung atau hanya ambil sangat sikit karbohidrat dalam pola pemakanan seharian mereka!

Apa-apa sahaja diet yang membuang satu kumpulan makanan adalah tidak seimbang, tidak sihat dan berbahaya. Jom baca penerangan lanjut daripada Mastura Yoshioka mengenai bahaya diet atkins ni.

Risiko kerosakan buah pinggang

12714152_m2

Setiap kali awak ambil protein dengan sangat banyak pada jangka masa yang panjang tanpa keperluan (penyakit tertentu, ahli sukan, etc), awak sebenarnya sedang membebankan buah pinggang dengan kerja berat. Protein atau komposisi asasnya; Amino acid adalah gabungan Amino, functional (-R) and Carboxyl group. Buah pinggang kita bekerja untuk buang Amino group ni terlebih dahulu, baru benda yang sebenar (-R) ni badan boleh ambil. Amino ni ammonia, ia toxic, kalau berlebihan! Saya pernah manage kes kidney failure to due consumption of a protein supplement – satu susu ni, patient tu ambil susu ni saja as diet!!! Allah.

Tahu tak buah pinggang kita ni boleh berfungsi completely normal sampai 30% je tinggal (yang elok)? Dan penyakit buah pinggang ni tiada simptom khas yang boleh dikenalpasti melainkan anda sendiri go on medical checkup. Silent killer!

Risiko high blood sugar

Doctor measuring blood pressure - studio shot on white background

Bila awak cut off carbo, badan under starvation dan akan switch kepada ketosis.

Ketosis adalah keadaan dimana apabila kurangnya carbo, badan akan guna lemak untuk untuk generate glucose sebagai tenaga. Masa ni, glucose dalam darah awak meningkat.

Low levels of ketosis is perfectly normal. Kebiasaannya sewaktu puasa dsb.

TETAPI, level ketosis yang tinggi adalah BERBAHAYA, a state known as ketoacidosis, which can lead to serious illness in a relatively short space of time. Darah anda akan acidic…dan toxic….mula-mula rasa tak bertenaga..then pening…rasa nak muntah, pitam dan banyak lagi masalah akan berlaku!

dan jika anda seorang OBESE, dimana secara diam-diam actually glucose didalam badan anda sebenarnya tinggi/atau impaired. Bayangkan jika impaired + ketosis.. anda juga risiko mengidap DIABETES!

Berat turun secara mendadak adalah tidak sihat

130311513dc16a28d65Height-Weight-Chart

Tapi diorang cakap atkins diet tu boleh turun berat badan cepat? Ada sampai seminggu 2-3 kilo!

Turun berat cepat tu lah yang paling saya dan dietitian2 lain risau. Pengurangan berat badan yang sihat adalah sebanyak 0.5-1 kg seminggu. Lebih dari itu, ianya tidak sihat. Anda hilang air, berat otot badan anda berbanding lemak anda sebenarnya! Rapid initial weight loss is water! Not your fat percentage. Perkara ni hanya terkantoi apabila anda menggunakan menggunakan mesin Body Composition Analysis, sebelum dan selepas. ‘Berat saya turun tapi percentage lemak saya turun sikit je atau, eh tak turun pon! oh! muscle mass saya turun mendadakkkk! sedihnye!” tudiaaaa

Pembakaran tenaga utama didalam badan dinamakan sebagai ‘Citric Acid Cycle’. Ia hanya hidupkan dengan membakar karbohidrat terlebih dahulu! Dan lemak, untuk dibakar, mereka juga PERLU MASUK dalam cycle ini! kalau tak lemak tu takboleh dibakar sebagai tenaga! “FATS BURN IN CARBOHYDRATE FLAME”. Itu istilahnya.

Jika carbohydrate drop pada sangat-sangat low atau tiada, ia akan switch pada ketosis diatas, untuk terus pastikan citric acid cycle itu berjalan…. tetapi… ianya berisiko tinggi… dan metabolism akan drop dengan sebanyak-banyaknya..

Berat akan cepat naik jika kembali ke pola pemakanan normal/sihat

Sebab itu, awak turun berat badan cepat, tapi, once awak kembali kepada pola pemakanan normal/sihat, berat akan cepat naik.

Oleh itu, makanlah secara sihat, kawal porsi setiap kumpulan makanan, amalkan cara hidup yang sihat, dan bersenamlah!

Ok setakat ini sahaja untuk persoalan pertama mengenai diet atkins. InshaAllah jawapan untuk 2 lagi soalan akan saya kongsikan tak lama lagi.

Oleh itu amalkan diet yang sihat dan seimbang, rajin-rajinlah bersukan untuk bakar ‘lemak’ tu. Jangan sesekali ambil langkah mudah dengan penggunaan ubat-ubatan yang belum tentu terjamin selamat.

Sumber: Mastura Yoshioka

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×