berita

Dikatakan Bercinta, Aizat Amdan Anggap Zee Avi Sebagai Kakak

March 13th, 2014 | by Ai
Kini Trending

aizat-5

Walaupun kurang diberi perhatian dalam industri hiburan tanah air, nama Aizat Amdan tidak pernah sepi dari menghasilkan karya-karya yang bermutu.

Malah, pembabitannya dalam industri muzik banyak bertumpu kepada pembikinan lagu selain menguruskan syarikat produksinya iaitu Kasi Gegar Entertainment (KGE) Sdn Bhd.

Namun, baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan pelantun lagu ‘Pergi’ ini bercinta dengan seorang penyanyi wanita bernama Izyan Alirahman atau lebih dikenali dengan nama Zee Avi.

Aizat

Bagaimanapun, Aizat mengakui dia rapat dan selesa berkawan dengan penyanyi tersebut tetapi menganggapnya tidak lebih sebagai seorang kakak dan seronok kerana dapat bekerjasama dengan penyanyi wanita tersebut.

Saya sebenarnya baru sahaja kenal dia, bagi saya Zee ni memang seorang yang friendly, saya dah rasa dia macam kakak saya disebabkan pengalamannya yang banyak.

Bila keluar gosip kami bercinta, Zee ada juga bertanyakan soal ni, tapi saya cuma anggap ia sebagai gosip dan asam garam bergelar anak seni.

Aizat

Dalam pada itu, Aizat ketika ditemui di Majlis Pelancaran Album The Venopian Solitude keluaran KGE Entertainment mengakui dirinya kini ada berkawan dengan beberapa wanita namun setakat ini dia masih belum merancang untuk menamatkan zaman bujangnya.

Saya banyak kawan, tetapi setakat ini masih belum merancang untuk kearah itu kerana saya ingin menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya saya.

Buat masa sekarang, saya hanya ingin stabilkan karier dan diri saya dalam industri terlebih dahulu selain mencuba menghasilkan beberapa karya baru.

Kalau nak tahu, Aizat bakal muncul dengan album terbaru hasil kolaborasinya dengan barisan penyanyi ternama tanah air seperti Yuna, Azlan And The Typewrite dan juga Zee Avi dan bakal menemui peminat April nanti.

SKIP THIS AD ×