berita

Dikatakan ‘Downgrade’ Orang Melayu : Shila Amzah Teruk Dihentam!

August 19th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Press-Conference-Shila-Amzah-Love-In-Concert-25-630x4201

Ha.. Ini memang berita panas. Sepanas kuih yang baru keluar daripada ketuhar gitu. Kami sebenarnya baru nak pergi lunch, tengok-tengok ada pula email daripada seorang individu yang tak puas hati dengan penyanyi berbakat besar, Shila Amzah.

So, kami pun batalkan hasrat untuk pergi lunch dan siasat dakwaan bahawa Shila dikatakan ‘downgrade’ orang Melayu dalam Instagramnya.

Maka, terbukti foto yang kami terima itu sahih dan isu ini berpunca daripada salah seorang follower Shila memberi komen berkenaan konsertnya di Shanghai.

shila amzah

Foto yang dimuat naik oleh Shila Amzah 2 jam yang lalu

Tak dapat dinafikan teguran individu itu juga agak ‘harsh’ dan mungkin juga boleh memalukan Shila yang seperti diketahui umum sudah mempunyai kelompok peminatnya tersendiri di Shanghai.

Bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa tidak wajar Shila untuk meletakkan perkataan Me-Layu sebagai caption foto tersebut memandangkan ia merupakan isu yang amat sensitif.

shila amzah 2

Antara lambakan komen daripada followers Shila Amzah

Malah, ada juga followersnya yang dilihat amat marah dengan tindakan Shila dan sekaligus melabelkan penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur itu sebagai lupa daratan.

Hurm.. apa pula pendapat para pembaca OHBULAN! sekalian? Setuju atau tidak dengan tindakan Shila atau adakah anda rasa Shila sebenarnya sekali lagi sengaja mencari kontroversi murahan?

Kredit foto: Instagram Shila Amzah

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×