berita

Dira Panik, Penumpang Bawa Pistol Dalam Kapal Terbang?

October 9th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Ahad lalu, pihak OHBULAN! terbaca status pelakon cantik Dira Abu Zahar di akaun Twitternya, yang dikatakan panik apabila kapal terbang yang dinaikinya diarahkan untuk kembali semula ke terminal atas sebab yang tidak diketahui.

Menerusi komen di status tersebut, terdapat juga follower Dira yang menyebut tentang isu pistol dan keselamatan juruterbang serta penumpang-penumpang yang lain.

Oleh itu, pihak OHBULAN! telah menghubungi pelakon ini sendiri bagi mendapatkan kepastian dan bertanya lebih lanjut mengenai insiden tersebut.

Menurut Dira, dia sendiri tidak pasti apakah yang sedang berlaku ketika itu, cuma dirinya merasa panik dan sedikit terperanjat kerana ia satu insiden yang jarang berlaku.

“Pada hari tersebut, saya sepatutnya berlepas dari Kuala Lumpur ke Perlis sebab ada penggambaran. Bila dah berlepas, tiba-tiba ada kecemasan dan kapal yang saya naik tu diarahkan untuk kembali semula ke terminal. Lepas tu kami kena tukar pergi naik kapal lain. Saya pun tak tahu kenapa, lagipun mustahil pihak pengurusan nak beritahu perkara sebenarkan. Nanti penumpang panik pula.”

“Yang pasal isu pistol tu cuma andaian sahaja. Tak tahu sama ada betul ataupun tidak,” ujar Dira.

Selain sibuk menjalankan aktiviti lakonan, timbul juga persoalan tidakkah Dira ingin kembali semula ke bidang pengacaraan seperti dahulu.

Lalu Dira menjawab, “Buat masa sekarang, saya ingin fokus kepada bidang lakonan. Tapi kalau ada pihak yang panggil untuk saya jadi pengacara, saya tidak menolak. Kalau diberi peluang, saya ingin mengacarakan program berbentuk dokumentari ataupun travelog.”

“Sebelum ini saya pernah cuba pengacarakan program hiburan seperti Melodi dan HIP TV. Cukuplah pengalaman setahun saya mengacarakan program hiburan. Saya nak sesuatu yang lebih mencabar selepas ini,” ulas Dira dengan panjang lebar.

Memandangkan kini anak tunggalnya, Anggun telah berusia 5 tahun, jadi persoalan untuk menambah cahaya mata turut diperkatakan dan Dira akui dia juga teringin untuk menambah cahaya mata.

“Sudah tentu saya nak tambah anak. Setakat ini tak ada sebarang tekanan dan kalau ada rezeki, saya terima. Saya cuma ikut pada rezeki dan takdir yang telah ditetapkan. Selagi mampu, selagi terdaya saya nak anak ramai. Nak kalahkan mak saya,” ujar Dira sambil tergelak kecil.

SKIP THIS AD ×