berita

Dituduh Tak Hormat Waktu Berbuka Puasa, Nik Michael Bakal Ambil Tindakan

July 8th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nik-Michael-2

Baru-baru ini, secara tiba-tiba nama selebriti chef, Nik Michael Imran panas dek kontroversi kononnya dia tidak menghormati waktu berbuka puasa ketika penganjuran sebuah majlis di restorannya beberapa hari lalu.

Al kisahnya begini, pada hari tersebut, sebuah syarikat gergasi telah memilih restoran Nik untuk memperkenalkan perkakas masakan, namun bila majlis bermula, Nik dikatakan terus melakukan demonstrasi walaupun Azan Maghrib telah berkumandang.

Dek kerana itu, ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dan melabel jejaka kacukan Melayu-Australia ini tidak menghormati waktu berbuka puasa.

nik

Kalau nak tahu, Nik ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Air Asia menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkannya.

Itu fitnah! Tuduhan itu sangat mengarut, orang yang buat cerita itu memang busuk hati dan sengaja nak cari pasal dengan menimbulkan isu ini. Ramai yang boleh jadi saksi bahawa tuduhan itu sama sekali tidak benar.

Saya akui hidangan utama siap lewat 20 minit sebab saya sendiri yang masak di hadapan mereka. Tetapi sementara menunggu, kami ada menyediakan kurma, kuih buah melaka, kuih seri muka dan kentang goreng untuk mereka jamah dulu.

Ini mencalarkan imej saya dan restoran saya, jadi saya akan tetap ambil tindakan terhadap individu itu kerana pada saya, kalau pun dia datang minta maaf, dia tidak ikhlas.

Dalam pada itu, Nik berkata dek kerana fitnah yang sengaja dibuat ini, ada pihak yang tak bertanggungjawab mengatakan dia bertatu.

nik2

Tambah mengecewakan, disebabkan laporan akhbar tersebut, ada pula yang komen dan mengatakan saya mempunyai tatu. Tapi saya tak adapun tatu ke apa.

Disebabkan ini, saya rasa saya perlu tegas. Saya buat semua ini untuk mempertahankan nama baik saya. Pada saya, orang seperti ini hanya berani cakap di belakang saja tetapi tidak berani untuk cakap depan-depan.

Gitew penjelasan Nik Michael. Tak apalah Nik, kebenaran pasti akan terbukti juga kalau benar Nik tak bersalah. Betul tak? Apapun, kami doakan restoran Nik akan bertambah maju. Dengar cerita nak tambah restoran satu lagi, kalau betul tahniah la ya!

Kredit Foto: Instagram Nik Michael Imran

SKIP THIS AD ×