berita

Doktor Sahkan Isteri Hamil, Zahiril Adzim Bakal Bergelar Bapa

November 12th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bakal bergelar ayah adalah impian yang dinanti-nantikan oleh setiap suami. Selepas setahun hidup bersama, akhirnya pelakon berbakat, Zahiril Adzim, bakal menimang anak tidak lama lagi.

Berita gembira ini dikongsi oleh isteri Zahiril sendiri, Shera Aiyob melalui portal Gua apabila dia mengaku bahawa dirinya sudah hamil lebih 5 minggu. Shera juga memberitahu bahawa mereka berdua hanya tahu perkara ini beberapa hari yang lepas.

“Ya, saya kini sedang mengandung lima minggu setengah. Kami dapat tahu tiga hari yang lepas dan masa dapat tahu itu, saya rasa macam tak percaya. Pada masa yang sama juga saya rasa berdebar sebab ada benda hidup dalam perut saya,” ujar Shera kepada Gua.

Menurut Zahiril atau mesra dipanggil Bob pula, mereka berdua telah pun pergi untuk pemeriksaan lanjut dan doktor sendiri telah mengesahkan bahawa Shera sedang mengandung.

“Kami berdua sangat teruja tapi ini pengalaman pertama kali, jadi agak kelakar sebab kami tak tahu apa nak buat. Shera buat kejutan kepada saya apabila meletakkan keputusan ujian kehamilan itu dalam tandas dan saya terkejut bila tahu dia hamil. Kami sudah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan doktor memang mengesahkan dia mengandung.”

Tahniah diucapkan pada Zahiril dan Shera. Semoga berbahagia ya!

SKIP THIS AD ×