berita

Dosa Yang Ada Pun Tak Tertanggung, Tak Perlu Peluk Cium – Nazim Othman Sangkal Kenyataan Azalina Othman

August 2nd, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

NazimOthmanLPF

Baru-baru ini pelakon Nazim Othman ada memuat naik status di Twitter menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman yang tidak bersetuju dengan garis panduan baru yang ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Artikel Berkaitan : Lepas Ni Tiada Lagi Adegan Peluk Cium Drama Melayu, Puas Hati?

Sebelum ini , LPF telah menetapkan bahawa tiada lagi adegan peluk cium dalam drama/filem yang ditayangkan nanti ekoran dengan kritikan orang ramai terhadap adegan melampau dalam drama Melayu.

 

Saya Bersyukur LPF Keluarkan “Guidelines” Tiada Adegan Bersentuhan

NazimOthmanLPF1

 

Tindakan tersebut ditentang oleh Azalina Othman, menerusi mstar Online kelmarin bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) itu menegaskan bahawa LPF tidak perlu berfikiran sempit dan mengkaji garis panduan tersebut.

Dalam pada itu, Nazim sebagai seorang pelakon menyuarakan pendapat bahawa adegan tersebut perlu dielak.

Selagi Boleh Elak, Elaklah

NazimOthmanLPF2

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×