Sudahkah ke Jakim? Apa reaksi mereka?
Sumber berita: Utusan Malaysia
Saya dah hantar skrip kepada Jakim untuk dinilai. Syukur alhamdulillah, skrip itu lulus dan saya boleh buat penggambaran. Mungkin sebelum puasa nanti penggambaran akan bermula. Cuma Jakim minta tajuk “anu” tidak digunakan. Saya bercadang nak tukar …Dalam Botol.
Bagaimana pemilihan pelakon?
Seperti yang saya katakan dulu antara pelakon yang disenarai ialah Zizan Nin, Arja Lee, Kefli (AF3), Ryzal untuk watak mak nyah. Calon untuk menjadi pasangan watak itu pula Norman Hakim, Tony Eusoff, Fauzi Nawawi, Nazim Osman dan Wan Raja. Daripada senarai pelakon ini saya akan buat peraduan untuk memberi peluang peminat memilih dua sahaja di kalangan mereka.
Adegan asmara atas katil dan laga-laga pipi yang hendak ditonjolkan. Bagaimana? Adakah dilulus?
Tidak. Jakim tak benarkan. Tapi saya akan tukar kepada laga-laga pipi. Mungkin akan ada watak didalam kelab gay. Sambil menari pasangan ini akan laga-laga pipi. Yalah… tak boleh nak laga hidung, kita laga pipi pulalah.
Sebelum ini Raja Azmi tetap mempertahankan untuk menonjolkan adegan asmara atas katil. Apabila tidak dibenarkan, apa tindakan seterusnya?
Tak ada masalah. Saya akan tetap buat perkara yang hampir sama. Cuma ia tidaklah keterlaluan. Ia akan ada unsur-unsur artistik. Contohnya saya akan tunjukkan pasangan itu turun dari katil dan akan kelihatan kondom terbuka yang diletakkan di tepi katil. Jadi, orang akan fahamlah makna adegan itu.
Tak rasa rugi selepas kehendak Raja Azmi untuk menggambarkan sesuatu watak cara Raja Azmi itu tidak dibenarkan?
Saya tak rasa rugi tapi rasa terkilan sikit adalah. Tapi saya akur dengan keputusan yang diberikan kepada saya. Kita kena ikutlah.
Ramai yang mempersoalkan kenapa adegan seks keterlaluan itu hendak ditonjolkan. Sepatutnya tonjolkan moral filem ini. Tidakkah rasa bersalah?
Saya tahu mungkin sebelum ini saya agak ghairah untuk menghasilkan filem ini tapi selepas kritikan demi kritikan yang diberikan kepada saya, saya mendapat satu hidayah. Hajat asal saya nak berdakwah tetapi akhirnya orang yang dakwah kepada kepada saya. Ia sesuatu yang baik dan saya dapat banyak pengajaran daripada teguran orang itu. Ia merupakan satu hikmah apabila ada orang tegur saya lebih awal. Kesedaran datang dalam diri saya kerana sebelum ini saya mengenepikan sensitiviti orang lain. Lepas ni kalau nak buat apa-apa pun saya perlu tapis dulu.
Bila banyak watak yang tidak dibenarkan adakah ia boleh dipanggil dakwah lagi?
Saya anggap dakwah diwujudkan dalam perjalanan cerita ni iaitu penyesalan yang timbul daripada perbuatan individu kerana menukar jantina. Saya harap bila filem ini siap, penonton akan rasa insaf. Keinsafan itulah dakwah saya. Yang lebih penting kita kena berdakwah. Ya… saya nak berdakwah kepada orang, orang pula berdakwah kepada saya. Itu sesuatu yang amat bernilai.
Agaknya apakah kontroversi filem ini?
Memang tak ada niat saya nak jadikan filem ini kontroversi. Isu filem ini jadi panas sebab gara-gara saya nak bubuh zakar dalam botol dan adegan cium. Kontroversi tetap ada iaitu zakar yang akan diletakkan di dalam botol walaupun tajuknya ditukar.


hohoho.. entah apa2 je filem ni.. sah2 la aku xleh nak gi tgk dgn family
p/s : xyah ada norman hakim leh x? menyampah la tgk muka beliau
tu lah, name masih ada norman hakim dalam senarai pelakon..
aku dah xbleh terima tengok muke dia kat tv lagi..
semalam pun ada cite kat tv si memey tu belakon..
norman?? jadi ke dia blakon pondan, body besar maa
adeh… kata nk dakwah…
kalo dh mcm2 nnti kontroversi kan susah..
dr dakwah terus byk dakyah2 plak… huhu…
tak sepatutnya adegan keterlaluan.. gunakan kretiviti ckit…
org m;sia ni bkn cm overseas, open minded x kena gaya, kita ada budaya maa….
Aku ni peminat cerita Melayu..tp malangnya hampir semua cerita Melayu buat aku rase kecewa..boleh dikatakan hampir kebanyakan cerita melayu yg aku tgk..kesudahannyer..mesti aku kena halau keluar panggung sebab?? aku tak bleh tahan2 mulut aku ni utk kutuk cerita yg mengarut tu semua..jadi setelah aku berfikir panjang…utk masa akan dtg aku akan boikot filem2 yg diarahkan dan diterbitkan oleh org2 yg bernama Raja Azmi (cinta 200 ela, haru-biru) dan juga Prof Madya Razak Mohaiden (sifu & tongga, cite yg khai & zarina berlakon,cite misha omar dgn adam etc).
Buang duit tgk cerita dorang ni..indah khabar dari rupe…serik nak tgk..mesej tak faham, jln cerita longgar dan mengarut, meleret-leret dan sangat membosankan.
Kalau cite Melayu yg best aku mesti akan sokong giler2..cth Geng Upin & Ipin..5 kali aku p tgk..duit bukan masalah..kalau cerita best tgk byk kali pon tak jemu..support filem yg bagus..kasi bungkus filem yg hampeh..
ye la…gua pun samer…asal diorag tak wat citer cam p.ramli kan….tgk 2,3 kali pun tk aper…pahtu memartabatkan org melayu,gua sokong citer melayu,p kalau 2 org ni jd pengarah gua tak tengok pun takper………………..satu lg yg buat citer sepet tu….melayu..melayu
tak yh tengok la abg cop…bukan aku nak hasut jgn p tengok..tp kalau pengarah jenis syiok sendiri mcm Raja Azmi ni punyer hasil kerja mmg mendukacitakan..org sepatutnya kuar panggung utk ease off some stress tp kalau tgk citer dia nih..bleh dapat darah tinggi..hiihi..Mungkin dorang masih tak dapat formula ajaib yg ditinggalkan oleh P.Ramlee..
Tapi dlm paper giler2 puji kemain melambung. Cite best la, memartabatkan filem melayu laa… bila tengok,,,hampeh kunyit. Aku ingat diorang ni boleh beli wartawan la. Tu pasal bila filem diorg keluar org nak tgk sbb dah termakan dgn propaganda akhbar. Arap publisiti je yg kadeboom
tp bkn gua nk kate lah,gua sker tgk flm thai…mcm ongbak,fight to born,naak,the hunted drum,yg paling gua suker queen of langkasuka…byk r flm2 thai yg berkualiti sbb pengarah diorag bagus2.
kenapa ceta melayu banyak masa cinta cinta cinta cinta cinta cinta.
aku nak Castello 2!!! huauha
eeyyeekkkk… geli ah aku cite ni.. takde jalan crite lain lagi ke nak buat cite menginsafkan orang ni..
tk dpt lah nk komen apa2, tp utk Raja Azmi……tk serik tol kau ye, asyik wat filem jer…tk laku, wat filem jer…tk laku, kau ni betol2 lah spesis ’syok sendiri’, naseb baek kali nih ko tk panggil adik beradik ko belakon lg…..hancus……
citer geng best…hehehe