berita

Dua Pass Untuk Dimenangi Ke MTV World Stage 16 Ogos Ini!!

August 13th, 2014 | by Ai
Kini Trending

MTV_1

Tahun ini merupakan tahun ke-enam MTV World Stage diadakan. Malah, konsert yang penuh berprestij ini tak pernah hilang sengatnya. Makin ramai yang nak pergi tengok adalah!

Haa, mesti korang semua ternanti-nanti MTV World Stage tahun ini kan? Mana taknya, kali ini, MTV membariskan selebriti bertaraf antarabangsa seperti Yuna, B.O.B dan Boys Republic. Wah, terujanya.

Kalau korang nak tahu, sejak empat hari lalu, Blue Concourse Sunway Pyramid penuh dengan lautan manusia yang nak dapatkan tiket khas bagi menonton konsert ini tau.

Screen Shot 2014-08-13 at 2.05.38 PM

Bukan itu je, ingat lagi tak kami ada cakap Boys Republic nak cari girlfriend untuk mereka? Haa, ramai gila gadis-gadis yang nak jadi kekasih jejaka-jejaka kacak ni tau!

Tak percaya? Tengoklah sendiri foto-foto yang dimuat naik oleh pihak MTV di laman Instagram mereka. Memang terbaik dan sporting habis peminat di Malaysia ni!

Screen Shot 2014-08-13 at 2.05.17 PM

Tapi, korang yang tak berkesempatan nak kesana untuk memenangi tiket jangan gusar dan risau. Kami ada berita baik buat anda! Nak tau apa?

Nah! Kami ada 2 keping tiket untuk diberikan kepada pembaca setia OHBULAN!. Tetapi ada syarat tau. Korang kena lengkapkan slogan yang tertera dibawah ni :

Saya nak menang tiket ke #WorldStageMy kerana ……………………………. (tidak melebihi 15 perkataan)

Hah, senang kan? Bila dah isi slogan dengan kreatif, korang emailkan kepada [email protected] tau! Jangan lupa sertakan nama penuh serta nombor telefon.

Peraduan dibuka sehingga 15 Ogos 2014, jam 12 tengah hari. Pemenang akan dihubungi sendiri oleh kami. Jadi tunggu apa lagi? Jom tonton MTV World Stage bersama kami!

SKIP THIS AD ×