berita

Duel : 5 Selebriti Wanita Paling Cantik Di Malaysia

January 10th, 2012 | by M | 38 comments
Kini Trending

Pilihan pertama kami sudah tentunya Neelofa, pelakon yang berjaya meletakkan namanya setanding dengan senior-senior popular dalam masa kurang setahun. Seiring dengan populariti yang dikecapi, Neelofa boleh dikatakan mempunyai pakej yang lengkap sebagai selebriti, mempunyai kecantikan dan kecerdikan. Jika kena caranya, satu hari nanti dia bisa memegang takhta primadona Malaysia.

Rozita Che Wan tanpa perlu disangkal lagi kerap mencuri perhatian para lelaki dengan bentuk badannya yang ‘wow’. Walaupun usia sudah mencecah 30-an, wanita ini bagaikan menjadi idola buat para wanita di Malaysia yang ingin kelihatan cantik sepertinya. Lihat sahaja iklan Safi Rania Gold, jangan tipulah kalau mata anda tak berkelip.

Satu lagi nama yang menjadi pesaing Neelofa, iaitu Anzalna Nasir. Namanya agak perlahan menapak dalam industri hiburan, mungkin kurang kontroversi. Tetapi, wanita berusia 24 tahun ini telah muncul dalam beberapa drama bersiri seperti Suria Di Cordoba yang sedikit sebanyak mencuri perhatian penonton. Bagaimanapun, Anzalna kini tengah kemaruk bercinta dengan jejaka yang agak tampan dan tinggi orangnya. Melepaslah korang!

Namanya meletup selepas membintangi drama Gemilang. Apa lagi kalau bukan Tasha Shilla! Keunikan Tasha Shilla ialah dia mempunyai bentuk bibirnya yang nipis. Selain itu, kami suka dengan Tasha Shilla sebab dia seorang yang mudah didekati media. Lama juga tak dengar cerita pasal dia, apalah agaknya ya?

Lisa Surihani pernah bertakhta di dalam hati editor kami buat sekian lamanya sehinggalah direbut oleh Yusry, baru-baru ini. Okay, hands off! Jelita dan bijak, wanita ini sememangnya mempunyai pakej yang lengkap sebagai selebriti yang disegani. Harapnya, Lisa Surihani akan hidup bahagia bersama Yusry selama-lamanya.

Ini kata kami, apa pula pendapat anda mengenai 5 selebriti wanita paling cantik di Malaysia? Layankan undian anda selepas ini.

[poll id="43"]

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

38 Comments

  1. Neena says:

    Fazura Paling Cantik. Ditto.

    (2)
  2. Joni Selatan says:

    Neelofa = mata juling
    Rozita Che Wan = body pendek
    Anzalna Nasir = muka pondan
    Tasha Shilla = body papan
    Lisa Surihani = body super papan

    semua tak best

    (1)
    • facebook_Misticus_Cun.100000442066129 says:

      haha setuju ngan joni selatan..

      btw, cantik tu sebenanya dr dalam ke luar.. neelofa muka evil..
      pada aku yg cantik maya karin, ct, erra, nasha, camelia, fazura…yg NATURAL….
      yg blakon bicara hati tu pon cantik gak.. cris cempaka…sejuk mata memandang…

      (1)
    • Mol Altamis says:

      Aku setuju….Neelofa pun body pendek gak….Dalam banyak2 tu aku suka lisa je sebab muka x menyakitkan hati…….walaupun super papan….yusry suka….tapi aku suka gak izara….

      (0)
      • mr tossay says:

        wahh..superpapan hg bg..tp tulaa..kalau dia xkuruih n berisi cket mmg A la..tp biasa laa..xsmua manusia smpurna

        (0)
    • mr tossay says:

      ambek la hannah tan ka..sempoi la cket noh..xpon kim kardashian..tembab juboqq bg

      (0)
  3. nanieridzwan says:

    paling cantik fazura la

    (1)
  4. sundel bolong says:

    Bagi I maya karin plg cantik…rozita tnp makeup cmne agaknya..

    (1)
  5. facebook_edykeding says:

    kenapa takde Izara??! ni yang nak mengamuk ni

    (0)
  6. teanjat boboi says:

    knp nelofa paling cantik? xpaham aku

    (0)
  7. ihsan says:

    bagi aku siti saleha patut masuk carta.. dia lagi cantik dari 5 org ni..

    (0)
  8. mimi says:

    lisa je yg cntik kat atas ni…… bg ktaorg laa…..

    (0)
  9. ayu says:

    rasanya…mcm lisa surihani kot…itu je lah yg paling cantik antara yang 5 org tuh…yg lain tu tak neutral beauty lah…make up jer lebihhhh…

    (0)
  10. boboiyot says:

    boboiyot sokong Rozita Che Wan .. suka dgn ketawa rcw yg comel.. :>

    (0)
  11. Miss Tora says:

    Neolofa? eh! xde la

    (0)
  12. dato siti nurhaliza says:

    dato siti nurhaliza takde ke??

    (0)
  13. misz_yatie says:

    Patut ade Fazura n Fasha dlm list ni..

    (0)
  14. azim says:

    apa yg cantik benor ngan neelopak ak pun tak tau. biasa je
    fazura natural beauty. suka tgk dlm tahajjud cinta

    (0)
  15. cantik says:

    paling cantik?????????????????????????????
    takpe la,pandangan mata masing2.
    tapi bagi aku dan aku rasa memang bagi majoriti kot,artis2 kat atas tu,kalau nak top 5,ada sorang je boleh,top ten sorang lagi boleh,lagi 3orang boleh top 20 je.
    kalau top 5 cantik luar dalam,itu aku tak tau la..

    (0)
  16. si cantik says:

    Cantik itu subjektif……

    (0)
  17. syabizz says:

    Antara 5 diatas… Lisa yang paling cantik & natural… Neelofa????? biasa je… cantik kena merangkumi banyak benda.. peribadi neelofa ni out….

    (0)
  18. LiLy says:

    Suka tengok Tasha Shilla… Dye comel and cute…
    X suka dye pegang watak GEDIK!!! Tapi mesti gempak kalau dye pegang watak heroin yang lemah lembut…

    (0)
  19. someone says:

    Bibir neelofa cantik juga, bibir lisa pun cantik,
    anzalna mmpunyai bentuk badan yg cantik

    (0)
  20. csi says:

    Bagi saya mmg neelofa. ..Ramai yg belum boleh melihat x-factor die sbb di hati mereka dah bertapak kebencian yg dihasut nafsu dn mata yg belum boleh menilai kebenaran ttp bg aku pertama Kali aku tertarik dgn die sbb bakat ny yg outstanding dlm byk bidang. .Lakonan bagus lain dr yg lain. betul kata oh bulan. Suatu hr nanti dia akn jd perimadona dn org yg mengkeji dn mencaci tpaksa menelan blik kata2 mereka.tengoklah….kalau tdk kerana bkat takkn producer n pengarah memberi perhatian kpdny. Bg aku kontroversi die bukanlah teruk sgt. .Setidak ny die bukan perampok suami org. ..Tp dek kerana batu api yg byk menyebbkn ia diperbesarkn. …Ingt…jgn keterlaluan membenci sesama bangsa

    (0)
  21. mendi mondo says:

    semua xbest…

    (0)
  22. lisa surihani je yang cantik..lainnya biasa biasa je tuu..

    hehehe tapi best la tu info..salam kenal je ..juga buat yang lain..silahkan main kat blog saye

    (0)
  23. Budak Nakal says:

    neelofa cantik…nyum2…hihi

    (0)
  24. miyata says:

    bagi aku lisa memang cantik. tak terlalu over make up and cool :)

    (0)
  25. mr tossay says:

    hahaha..xbest2 pn kalau bg kt hgpa pon hgpa sebat jgak..ye idok

    (0)
  26. emelgladys says:

    Neelofa kekadang cantik gak , mata rozita mgancam , anzalna , i like your lip , tasha ,your face so cute and lastly lisa has naturally . I vote for lisa .

    (0)
  27. jaki says:

    yg pakai tudung xde ke? huahaha. kbai.

    (0)
  28. aku lagi cantik says:

    kalo kat sini di mata aku lisa paling cantik…kenapa??
    1) dia natural beauty
    2) simple
    3) manis
    4) sederhana

    so i vote for lisa

    (-1)
    • aku lagi cantik says:

      Neelofa : terlalu over make up and terlalu menonjolkan diri dia and rase sometimes bila tgk pix dia, dia suke control, if org cantik x perlu control just neutral..so neelofa out of my vote.

      Rozita: terlalu over make up and suke control cantik gak same cm neelofa if cantik mesti rileks jela..dari dia aku lebih vote to camilia she’s roxx the style and neutral beuty also.

      anzalna: awek ni aku pernah jumpe kt klcc mase dia still ngn shaz jazle..4 me dia sexy..dari segi paras rupa not badla..dia same cm neelofa and cik ta gaks..just credit tuk awek ni.

      Tasha: wajah dia keras sometimes tgk cm dibuat2 wajah dia supaya ayu and cantik…come on..chill jela….pape pun cun gak dia ni..

      ni comment aku jew..bagi pendapat mata aku la yg memandang..pape pun peace…..

      (0)
  29. orang lama says:

    lisa surihani la paling lawa,yg selebihnye tu make up je lebih.,lg2 si avatar jande tu (oopss)..klaw kte tgk Lisa ngan Anzalna paling natural…so saye undi lisa je… :))

    (-1)