berita

Dulu Berat 120Kg, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Lelaki ‘Stesen Minyak’ Yang Suka Senyum!

May 20th, 2016 | by Wan
Lensa Insta

ohbulansenyum

Iya atau tidak, korang mungkin pernah tengok lelaki ‘senyum’ ini masa nak nak isi minyak kan? Senyumannya itu bukan sahaja menceriakan malah buat ramai tertanya-tanya sama ada dia ni memang pekerja stesen minyak tersebut atau pun tidak.

Berikut 5 funfacts tentang lelaki ini yang memang hobinya suka senyum dari sekolah lagi sehingga beberapa kali ditegur guru kerana kerap tersenyum! Nama dia Ridwan Mustafa.

Kenapa awak suka senyum?

Screen Shot 2016-05-20 at 2.25.28 PM

Tuah senyuman menawan

syum

Dek kerana miliki senyuman yang menawan disamping penampilannya yang cukup segak, lelaki ini mula menceburkan diri dalam dunia komersial pada tahun 2013 untuk iklan Planta.

Sejak daripada itu banyak tawaran diterima sama ada untuk video korporat mahupun iklan bercetak. Pada 2015 dia dipilih sebagai wajah komersial untuk Shell. Tu yang pergi mana-mana ada muka dia.

Pernah gemuk

gmok

Selepas disahkan doktor menghidap penyakit darah tinggi yang agak berbahaya di usia 23 tahun pada tahun 20120, Ridwan diberi dua pilihan.

Bergantung kepada ubat seumur hidup tanpa mempedulikan soal penjagaan makanan ataupun menurunkan berat badan. Ketika itu beratnya mencecah 120 kilogram (kg).

Screen Shot 2016-05-20 at 3.08.41 PM

Sekembalinya dari klinik, saya terus bertekad untuk mengubah tabiat pemakanan dan gaya hidup. Saya tidak menunggu lama untuk bermula. Keesokan harinya saya terus ke gim pejabat dan meminta jurulatih kecergasan memberi bimbingan. Hari pertama saya telah dikerah berlari anak di atas treadmill dengan jarak 5 kilometer (km) selama 40 minit.

Hasilnya dia hilang 30kg dalam masa 8 bulan.

Gemar marathon

mara

Pada mulanya dia hanya menemani rakan ke acara maraton namun tidak menyertai larian tersebut. Daripada situ terbit keinginan untuk join sekali. Tak dapat dinafikan maraton antara salah satu sebab dia mencapai berat badan yang ideal seperti hari ini.

Screen Shot 2016-05-20 at 3.21.16 PM

Bukan dalam Malaysia sahaja, sampaikan ke Australia dan Jepun pun dia join sekali maraton di sana.

Aktif & berbakat

Screen Shot 2016-05-20 at 3.41.28 PM

Nampaknya bukan calang-calang juga Ridwan ini. Menamatkan pelajaran dalam Bachelor of Mechanical Engineering di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dia juga pernah mewakili UTM selama 4 tahun dalam acara debat peringkat kebangsaan.

Malah dirinya juga memimpin persatuan Anak Felda ketika dia UTM. Mohon gadis-gadis jangan tenung lama-lama gambar dia ni, takut jatuh hati pulak!

Kredit : Ridwan Mustafa, Pepatung

SKIP THIS AD ×