berita

Ehemm.. Zalif Sidek Datang Bersama Fida Ibrahim Di ASK 2012

November 9th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Rabu lalu pihak OHBULAN! baru sahaja keluarkan berita mengenai hubungan rapat antara pelakon comel  Zalif Sidek dengan Fida Ibrahim.

Hari ini muncul pula cerita baru, apabila pasangan ini telah berani muncul dikyalayak ramai tanpa menyorokkan lagi ‘hubungan rapat’ tersebut apabila telah datang ke Anugerah Skrin 2012 secara beriringan dan memakai pakaian yang sedondon.

Zalif Sidek kelihatan sungguh comel tatkala mengenakan sut rona hitam dan dipadankan dengan aksesori cekak rambut bermotifkan ‘Micky Mouse,’ manakal Fida pula kelihatan sungguh anggun tatkala mengenakan busana labuh rona senada.

Wah, sejauh manakah ‘hubungan rapat’ mereka ni ya?

Kredit Foto : Media Hiburan

SKIP THIS AD ×