berita

Foto Romantis Eina Azman Dicium Suami

November 7th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-11-06 at 11.05.38 PM

Oh..tidak! Gold Coast yang kami maksudkan di headline tersebut bukanlah yang berada di Morib tu ya, tapi yang nun berada jauh di bumi Australia.

Sudah tentulah Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden akan bercuti di luar negara kan? Punyalah banyak duit sampai tujuh keturunan makan pun tak habis agaknya. Hehe.

Mana taknya, seingat kami Eina dan suami baru sahaja pergi berbulan madu di pulau idaman semua orang, Pulau Maldives setelah majlis perkahwinannya selesai. Sekarang ni dah pergi trip ke Gold Coast pula. Syok laaa…

Screen Shot 2014-11-06 at 11.05.49 PM

Sweet gila foto mereka ni! Agaknya suami-suami pembaca OHBULAN! pun seromantis Dato’ Gmix tak? Silap haribulan, bergambar bersama pun mereka dah tak mahu.

Tapi, kali ini mereka bukan melancong secara berdua sahaja, tetapi turut ditemani oleh selebriti yang tak kurang panasnya, Rebecca Nur Islam dan beberapa orang lagi.

eina azman

Anda nak tahu apa yang lebih menarik? Rata-rata peminat mengatakan bahawa pelakon cantik ini berisi sedikit dan menyangka bahawa Eina sedang hamil.

Kalau masin mulut mereka, maka Eina kenalah bersedia mental dan fizikal untuk bergelar seorang ibu mithali. Huhu. Kami pun tak sabar nak tengok anak berdarah campuran antara Eina dan Dato’ Gmix.  Boleh beat anak Che Ta dan Awal Ashaari tak rasanya?

Kredit foto: Instagram Eina Azman

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×