berita

Eina Azman Nafi Dipukul & Ditendang

October 17th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-17 at 9.43.30 AM

Terkejut juga kami masa mua-mula membaca artikel yang ditulis oleh sebuah blog hiburan mengenai kisah pelakon yang kini sedang popular dengan drama ‘Selamat Pengantin Madu’ ni dikatakan dipukul dan ditendang.

Dalam artikel tersebut, Eina dikatakan menjadi mangsa pukul pada zaman sekolahnya kerana kecantikan dan keseksiannya dicemburui. Ada pula macam tu ya?

Bagaimanapun, menerusi laman Instagramnya, Eina yang baru sahaja bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini menafikan pernah memberikan kenyataan sedemikian.

Screen Shot 2014-10-17 at 9.44.37 AM

Eina Azman dan suami semasa di majlis tayangan bersama peminat episod ke 11 Selamat Pengantin Madu

Salam semua… Eina cuma nak ckp eina Tak pernah buat statement ckp mcm tu… Kenapa lah ada je hamba Allah yang takde keje buat Cerita dan nak menjatuh kan orang??? Kepada #plbagaimacam.blogspot.com kalau anda nak jadi wartawan baik pergi belajar apa maksud etika wartawan dulu!!!

Don’t simply tulis about people yang boleh menyebab kan fitnah!!! Jangan sampai saya ambil tindakan dkt blog anda. Anda boles tulis apa pun dan saya tak marah cuma tlg lah tulis dengan cara yang betul iaitu dpt story yang betul2 dari saya bukan mereka reka Cerita. TQ

Namun, dek kerana sikap ingin tahu yang sangat tinggi, kami pun buat lah research sedikit sumber asalnya artikel tersebut diperolehi. Nak tahu apa yang kami jumpa tak?

eina azmanRupanya-rupanya kenyataan tersebut telah dikeluarkan di sebuah akhbar kira-kira 2 tahun yang lalu. Tapi, kami pun tidak pasti mengenai kesahihan fakta dalam artikel itu.

Takpelah Eina. Bila kontroversi sedemikian mula menimpa, itu maknanya nama anda sudah mula ‘naik’ dalam industri hiburan negara. Keep calm and stay cantik!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×